Kalaulah Masjid al-Haram ditawan Zionis, isu Palestin tentu takkan semakin sejuk begini

PANTANG. Demikian sikap umat apabila masjidnya diceroboh dan ditawan. Namun, keadaan ini tidak selalu benar. Masjid al-Aqsa yang ditawan Zionis sejak enam dekad lalu menjadi bukti. Gencatan senjata di Gaza bagaikan mengurangkan darjah kemarahan umat terhadap Zionis biarpun terowong dibedil amalah ada juga orang Islam yang mati dibedal.

Seusai saya mainkan klip video ‘You will not go down’, saya pun berbicara dengan sekumpulan pelajar, “Micheal Hart sudah hasilkan karya yang baik beserta lirik yang hebat lagi menginspirasi (jauh lebih positif berbanding lagu terbitan Malaysia mengenai kekejaman Zionis terhadap umat di Shatila pada 1982). Namun kalian harus membezakan diri berbanding beliau yang sekadar melihat dari kaca mata kemanusiaan. Isu Gaza sepatutnya lebih dekat dengan hati mukmin, isu Gaza ada ikatan yang cukup erat dengan isu Masjid al-Aqsa!”

Umat juga harus sedar bahawa kedatangan Isa pada akhir zaman bukanlah mahu membebaskan Mekah dan Madinah, sebaliknya mahu membebaskan Palestin secara total daripada cengkaman musuh Allah. Bukankah sesiapa yang dapat menguasai Palestin akan dapat menguasai dunia?

Umat malah juga mesti yakin dengan kata-kata Nabi Muhammad s.a.w. bahawa Yahudi di Palestin akan mati menemui maut dengan bantuan batu dan pokok yang boleh berbicara (kecuali gharqad): “Di belakangku ada Yahudi, bunuhlah ia!” Selain itu, bayangkan Masjid al-Aqsa itu Masjid al-Haram (sering disebut Masjidil-Haram) tentu lebih ramai yang geram dan marah dengan amat, tapi mungkin juga tidak.

dsc_3551

Gambar hiasan: Engsel di Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru.

Advertisements

2 thoughts on “Kalaulah Masjid al-Haram ditawan Zionis, isu Palestin tentu takkan semakin sejuk begini

  1. NEGARA ISLAM TIDAK BERSATU….MALAH LEBIH SUKA BERPERANG SSAMA SENDIRI DARI MEMERANGI MUSUH SEBENAR ISLAM..ISRAEL, AS DAN KONCO2NYA KETAWA BERSORAK GEMBIRA..SEMAKIN MUDAH KERJA UNTUK MENJATUHKAN ISLAM…UMAT ISLAM TERLALU MUDAH UNTUK MENERIMA HASUTAN BARAT,GULINGKAN PEMIMIN DARI KAUM MEREKA SENDIRI BERJUANG MEMPERTAHANKAN NEGARA DAN AGAMA…KALAU BENAR AS DAN PBB ANTI PENGGANAS, KENAPA TIDAK ISTIHAR PERANG DENGAN ISRAEL.KENAPA TIDAK DILAKSANAKAN SEKATAN EKONOMI KEATAS NEGARA PENGGANAS ITU…JIKA NEGARA ISLAM,PANTAS SEKALI UNTUK MELANCARKAN PERANG DAN SEKATAN EKONOMI…POKOK PANGKALNYA, NEGARA2 ISLAM PERLU LEBIH BERANI .TERUTAMA NEGARA ARAB..PEMIMPIN ISLAM SEPERTI SADDAM HUSSEN, MUAMAR GADAFFI, SUDAH DIBUNUH OLEH KAUM MEREKA SENDIRI..MEREKA PEMIMPIN YG BERANI…PEMIMPIN YG LANTANG BERSUARA SEPERTI TUN MAHATHIR DAN AHMADENEJAD(maaf kalau tersalah ejaan)SUDAH BERKURANG…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s