Lubuk idea fiksyen sains

HAKIKATNYA, kehidupan kita sendiri merupakan lubuk yang hebat kalau dilihat menerusi pandangan makrifat bersama analisis dan sintesis hebat. Berita semasa juga boleh cetuskan idea seperti kematian aktres akibat serangan virus ataupun perlanggaran satelit Rusia dan AS baru2 ini.

Berikut disenaraikan beberapa lubuk idea menulis fiksyen sains (FS) terutama buat mereka yang mahu serta sayembara FS UTM-Utusan yang berakhir pada hari kemerdekaan negara:

Lubuk idea di atas mampu beri maklumat perkembangan terkini sains dan teknologi (S&T). Lantas, karya FS hendaklah merupakan suatu spekulasi terhadap S&T sezaman (bukannya S&T zaman P Ramlee). Selain itu, prinsip nombor wahid dalam penulisan FS adalah IDEA. Nombor dua adalah GAYA (gaya dan teknik penulisan fiksyen).

Ternyata menulis FS di Malaysia masih kurang saingan berbanding di Barat. Sebagai contoh, konsep EMP dan HERF jarang ditulis dalam karya FS tempatan, sebaliknya ia barangkali klise di Barat.

dsc042121

Gambar hiasan: Kapal udara masa depan? Hasil kerja pelajar sewaktu kendalikan kelas ‘Pemikiran Kritis dan Pemikiran Kreatif’ di UTM.

Advertisements

11 thoughts on “Lubuk idea fiksyen sains

  1. Ahaha, mengesot.

    Saya ada sedikit idea untuk menulis, tapi, terlalu takut untuk memulakannya. Entah mengapa jadi begitu.

    By the way, harap cikgu dapat komen sedikit pada entri terkini saya.

    Sekian.

  2. Ya salam syeikh;
    Terima kasih dengan maklumat itu. Amat berguna kerana sumber rujukan adalah kekuatan kedua selepas imiginasi. Apapun niat adalah utama. Dah siap berapa naskah untuk sayembara tu?

  3. Fatimah, saya sudah beri komen. Sila rujuk juga dengan kitab2 fekah dan kompilasi fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, negeri atau lain2.

    Cikgu Amer, sama2. Saya tengah nak sambung balik. Amat sukar hendak sambung semula kerja yang terbengkalai. Benar kata seorang novelis Singapura, siapkan secepat mungkin bila menulis novel.

  4. Fadli Akiti sedang mengumpul karya-karya Sai-Fi untuk dimuatkan dalam zine terbaharu yang dia sendiri akan selenggara. Silalah ke blog Fadli Akiti. Atau boleh hantar terus karya ke emel Fadli.

  5. Apa yang besarnya ustaz? Ikut fikiran saya yang kecil ini, Tuhan sudah tetapkan gagasan bagi setiap hamba, cuma hamba sahaja yang tidak bersungguh2 mencapai gagasan tersebut.

  6. salam alaik En Zul, terkilan juga saudara tak dtg forum tu.. apa2pun syabas, cerpen saudara diterima.. tunggu hasil terbitan talian ya sebab zine cetak sudah habis..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s