Dalam selubung telekung

KAIN, benang, jarum jahit, jarum peniti, penetas dan pita pengukur yang sedang berteleku di atas lantai itu semuanya pernah basah dengan air mataku. Manakala dalam beberapa batang jarum jahit yang berkilau di bawah cahaya pernah basah dengan darah dari sisi kanan jari manis kiriku. Selepas larut malam, merekalah teman bicara. Sewaktu kalbuku berasa dekat dengan Tuhan, bagai ada alunan zikir dari kain, benang, jarum jahit, jarum peniti, penetas dan pita pengukur yang jamad itu barangkali persis seorang sahabat Nabi yang pernah mendengar alunan zikir daripada makanannya. Bila kuamati, alunan tersebut ibarat suara as-Sudaisi yang sering tersentuh dengan kalam demi kalam Allah yang dibacanya sendiri. Sentuhannya sungguh berazimat. Ada kuasa keramat. Menggetar hebat. Dalam selubung telekung. Menyirna segala murung. Jiwaku sungguh lapang ibarat pandanganku sewaktu berada di puncak Bukit Nur. Pada kala itu aku fikir akulah wanita paling bahagia di dunia sebagaimana yang ditulis oleh al-Qarni dan pernah diulas oleh Lutfi, suami yang kuyakin masih bernyawa di negara penuh kudeta.

Ah, ini intro tulisan yang tak siap2 barangkali seperti penulisnya sendiri yang tak siap2…. Aku adalah sang isteri yang merantau ke Mekah sebagai tukang jahit dan penjual telekung gigih.

Advertisements

2 thoughts on “Dalam selubung telekung

  1. Karya yang tak siap. Namun sekadar mahu kongsi rasa. Cerita yang saya dapat dpd seorang putera Yala di Masjidil Haram pada 2 musim haji lalu masih menggetarkan rasa geram. Rasa geram yang hampir menyamai rasa geram terhadap Zionis di Palestin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s