Anda Bijak Jauhi Zina peringkat negeri Johor

BESOK insya-Allah pelancaran program ANDA BIJAK JAUHI ZINA (ABJZ) peringkat negeri Johor akan disempurnakan oleh Pengarah JAJ di Kompleks Islam Johor:

  • Sabtu, 28 Feb 2009.
  • 8.30 pg ~ 1.00 ptg.
  • Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor.
  • Anjuran bersama JAJ sempena Bulan Dakwah Negeri Johor dengan JIMJ dan JPN Johor.

Sebelum ini, program yang hampir serupa pernah diadakan di UTHM pada 14 Februari 2009. Sila juga ke blog Roha Hassan, aktivis ABJZ.

Berikut adalah sebahagian fakta Jabatan Pendaftaran Negara yang sepatutnya merimaskan dan menguja anda untuk terlibat dengan amar ma’ruf nahi munkar:

  • Sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai 2008. Ini bermakna, 94 bayi tidak sah taraf dilahirkan pada setiap hari!
  • Jika didasarkan statistik pendaftaran kelahiran anak luar nikah 1999-2003, Johor menduduki tangga keempat di belakang Selangor, Perak, dan Kuala Lumpur dengan jumlah seramai 8,920 orang.
  • Bagi kes pembuangan bayi pula (2004-2006), Johor menduduki tempat kedua di belakang Selangor dengan jumlah 59 kes.
  • Dalam tempoh tersebut (2004-2006), 228 kes buang bayi direkodkan di seluruh Malaysia.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s