Kelmarin, dia dibelasah sebab berlainan akidah

INI bukan kisah zaman nabi. Bukan juga kisah zaman komunis di China. Bukan juga kisah zaman orang Serbia ‘dirasuk hantu’ sembelih orang Islam Bosnia. Ini kisah yang baru terjadi kelmarin. Di Malaysia. Kisah lPADI (Pendatang Asing Dengan Izin), Aurangzeb (bukan nama sebenar) yang dibelasah beramai-ramai sebab berlainan akidah.

Beberapa bulan sebelumnya, teman2 Aurangzeb tidak senang dengan perubahan Aurangzeb itu. Aurangzeb sering diperli bukan sahaja di kilang, juga di rumah. Dia tiada pilihan, terpaksa berkongsi dengan teman2 sekerja yang amat gemar memerli dan mencerca. Malah pernah sewaktu Aurangzeb sujud di rumah, punggungnya ditonjol dan disepak.

Semalam di kilang, Aurangzeb diperli lagi. Namun kali ini Aurangzeb menjawab, “aku tak pernah kacau kau dan tak kacau agama Hindu kau.” Kata2 Aurangzeb itu ternyata menyalakan api kemarahan sehingga dia ditumbuk. Bukan seorang tapi enam orang. Dipendekkan cerita, Aurangzeb dibelasah beramai2!

Aurangzeb berjaya melepaskan diri. Cerita bagaimanapun tidak berhenti di situ. Kes belasah tersebut entah bagaimana tiba ke pengetahuan pihak pengurusan kilang dengan segera. Kesemuanya dipanggil termasuk Aurangzeb. Aurangzeb apa lagi membela diri, “saya seorang diri dibelasah.”

Teman2 (dibaca musuh) Aurangzeb diberi kata dua, “apa kau hendak aku beri duit supaya balik Nepal?” Semuanya kecut perut terutama dalam era kilang buang pekerja kini, manakala Aurangzeb kini diberi perangsang oleh beberapa ahli jamaah surau berhampiran.

dsc05611

Gambar hiasan: Buku La Tahzan (Jangan Bersedih).

Advertisements

3 thoughts on “Kelmarin, dia dibelasah sebab berlainan akidah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s