Rendra di UTM Rabu ini

PENULIS prolifik fiksyen Johor, WB Rendra akan berada di UTM pada Rabu ini. Beliau yang juga merupakan ahli KEPEZI akan membicarakan proses kreatif Mazhab Cinta di samping memberi motivasi penulisan buat para pelajar Penulisan Kreatif (UQP 1041). Maklumat program adalah seperti berikut:

  • Tarikh : 4 Mac 2009.
  • Tempat : Bilik Kuliah 7, Bangunan D06, UTM.
  • Masa : 2.00 – 4.30 petang.

Pencapaian Rendra dalam bidang penulisan adalah:

  • Pemenang Hadiah Tongkat Warrant 2004 (Hadiah Puisi Pilihan).
  • Novel pertama, Di Sebalik Mentari Jingga diterbitkan pada 2007 oleh DBP dan pernah dibicarakan oleh Shamsuddin Othman.
  • Antologi cerpen Di Tengah Arus diterbitkan pada 2008.
  • Menghasilkan lebih kurang 100 buah puisi sejak 2002.
  • Anugerah Penulis Muda Johor PPJ 2007.

dsc06164

Rendra, sewaktu kunjungan saya ke YWJ Citra.

Advertisements

9 thoughts on “Rendra di UTM Rabu ini

  1. assalamualaikum…..cikgu,
    saya mengalami sakit belakang, dan dah beberapa hari terlantar di katil.kemungkinan besar tidak dapat hadir program bersama Rendra esok..yang saya bimbangkan pasal pengerusi majlis tu nanti. macam mana ye???

  2. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada Rendra yang sudi hadir berkongsi ilmu. Semoga akan datang sudi datang UTM lagi.

  3. Ya Alhamdulillah. Terima kasih Nimoiz, Hidayah, Nashuha dan semua pelajar yang telah beri sokongan padu termasuklah ‘menyelesaikan’ makanan semalam.

  4. salam hormat. terima kasih kepada kanda ustaz & kanda mawar.
    kepada sdr.nimoiz dan teman2 sekuliah yang begitu bagus memberikan respon kepada seisi semalam. ren harap nanti akan ada cerpen yang memuatkan ilmu bantu dalam bidang pengkhususan masing2 dihasilkan daripada kelas penulisan itu. sampai bersua, ya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s