Online dengan Tuhan dalam media Sarawak

BERIKUT merupakan ulasan Online dengan Tuhan dalam salah sebuah media di Sarawak:

Buku Online dengan Tuhan karya Zulkifli Khair membicarakan tentang hubungan makhluk dengan Khalik yang sepatutnya lebih hebat melampaui teknik hubungan secara teknologi online yang wujud kini.

Penulis menggarap tajuk dan isi dalam buku ini menggunakan analogi peralatan perhubungan zaman moden umpamanya internet, komputer, telefon genggam – yang menakjubkan manusia ­­– padahal secara ironinya juga peralatan ini adalah makhluk dan hubungan secara wayarles dengan Pencipta sebenarnya sudah wujud, lebih awal semenjak zaman Nabi Adam.

Justeru, tidak ada asas bagi manusia terpegun seterusnya lalai dengan kecanggihan peralatan moden yang sepatutnya hanya menjadi kemudahan membantu manusia mendekatkan hubungannya dengan Pencipta.

Lebih penting lagi, dengan melihat kepada segala kemudahan dan kemajuan teknologi yang juga merupakan anugerah daripada Pencipta, pembaca buku ini khususnya remaja yang gemar melayari internet serta aktif menggunakan peralatan teknologi moden sebagai alat perhubungan dan mengakses maklumat, cerdik memanfaatkan teknologi yang ada.

Teknologi digunakan untuk kebaikan serta meningkatkan iman bukan untuk menyusutkan iman apatah lagi digunakan untuk menambah maksiat. Bagi ibu bapa yang mahu melihat iman anak-anak meningkat melalui membaca, buku ini salah satu daripada buku yang mempunyai pendekatan tersendiri sesuai dibaca oleh anak-anak.

Buku setebal 114 halaman ini mempunyai 33 bab. Bahasa yang digunakan mudah difahami melalui persoalan yang berkait rapat dengan kehidupan seharian kita khususnya berkaitan teknologi maklumat dan kehebatan Pencipta mengatasi peralatan ciptaan manusia ini.

Dalam tajuk ”Wahyu Tanpa Wayar” misalnya penulis mengandaikan manusia pasti takjub pada kuasa internet tanpa wayar yang dapat berkata-kata sesama makhluk, padahal kata-kata Allah tanpa wayar jika manusia mahu mendapatkannya, dapatkan naskhah al-Quran. Kata-kata Allah tanpa wayar sudah termaktub lama dalam hidup manusia.

Dalam tajuk ”Sekiranya Tuhan Keluarkan Bil” amat menginsafkan kerana membayar bil internet rumah kita sahaja, kita sudah mengeluh. Kita boleh bankrap sekiranya Tuhan juga mengeluarkan bil menuntut bayaran bagi harga kehidupan yang dilalui sekarang ini. Misalnya mampukah kita membayar harga bil bagi oksigen yang kita sedut! ”Terlalu banyak perkara yang Tuhan berikan secara percuma” tulis penulis buku ini.

Dalam tajuk ”Macam-Macam Ada dalam Internet” penulis membuat perumpaan internet seumpama pisau, boleh diguna untuk kebaikan dan pisau juga boleh meluka tuannya atau mengorbankan jiwa. Dalam bab ”Katakan ’Tak Nak’ Untuk Porno” jelas, penulis mengajak pelayar internet mengelakkan menjadikan internet bak pisau yang menghiris diri atau mengorbankan jiwa.

Antara peringatan penting yang juga dimuatkan dalam buku ini adalah di bawah tajuk ”Zionis dan Perang Siber” – yang mengingatkan ”serangan” Zionis berterusan yang dilancarkan ke atas umat Islam termasuk menggunakan media dan hiburan. Salah satu media yang berkesan ialah internet!

Tajuk lain yang menarik dibaca ialah ”Hantu Internet vs Hantu Perempuan”, ”Internet Sebagai Media Dajal”, ”Anut Islam Selepas Chatting”, ”Berjalanlah Menuju Tuhan, Tuhan Datang dengan Berlari”, ”Klik Connect untuk Cinta”, ”Ayahku Penjenayah, Bagaimana Diriku?”, ”Apabila Rasa Susah, Ramai yang Lebih Susah” dan sebagainya.

Setiap bab ditulis sekitar tiga hingga empat halaman buku, ringkas, padat tetapi mampu menambah ketebalan iman dan mengungkit kesedaran pada kewujudan serta kebesaran Tuhan.

Buku Online dengan Tuhan memuatkan isu dan persoalan daripada tema-tema ilmu ketauhidan tetapi dipersembahkan secara mudah sesuai dengan cara pemikiran semasa, yang mahu bergerak cepat.

Setiap satu bab, penulisannya ringkas dan bersahaja tetapi serius jika difikirkan dan direnungi mendalam. Paling penting daripada isi buku ini ialah bagaimana penulis dapat mencetuskan rasa berfikir di kalangan manusia agar menginsafi kewujudan Tuhan di sisinya, saat susah atau senangnya! Sebelum dan selepas hidupnya. Ketika zaman yang dianggap moden atau edan mahupun jahiliah…

Advertisements

8 thoughts on “Online dengan Tuhan dalam media Sarawak

  1. Ya sheikh;
    Bergetar sedikit apabila membaca judul buku itu. Idea yang menarik walaupun saya belum memilikinya. Tahniah kerana berjaya menggunakan judul sebegini. Bila diterbitkan? Syarikat? Atau senaskah percuma utk saya bersama autografnya…

  2. Sdr Zul, ulasan buku terbit dalam ruangan Ulasan Buku PTS, Stail hlm 1, Utusan Sarawak pada Sabtu 7 Mac 2009.

  3. Salam cikgu, seronok membaca ulasan tentang karya cikgu. Sangat kagum dengan kesungguhan cikgu dalam bidang penulisan! Cikgu masih mengajarkah? Selamat maju jaya~ 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s