Pejuang bahasa tidak sinonim dengan pejuang agama?

GERAKAN anti PPSMI terpaksa mengambil masa panjang lantaran di atas beberapa faktor. Pertama, penyokong dan pendokong kerajaan yang terpaksa mengambil langkah berhati2 barangkali seperti menarik rambut dalam tepung. Mereka termasuklah orang politik kerajaan sendiri, pegawai tinggi kerajaan dan guru yang melaksanakan PPSMI.

Kedua, golongan ‘agamawan’ dan ‘pekerja Islam’ yang melihat/menanggap isu ini sebagai kurang relevan. Bahasa yang merujuk kepada bangsa itu bukan isu penting, yang penting adalah isu agama. Sebahagian daripada mereka berpendidikan Barat yang percaya bahawa biarpun tidak pedulikan bahasa ibunda, mereka masih berada di ‘jalan lurus’, jalan perjuangan agama.

Sehubungan itu, sumbangan Idris al-Marbawi wajar diimbau. Beliau boleh dianggap sebagai pejuang bahasa sekali gus pejuang agama. Lihat sahaja karya-karya besar beliau khususnya Kamus al-Marbawi dan Bahrul Mazi. Kamus anak murid Tok Kenali ini dipercayai merupakan kamus Arab-Melayu paling meluas digunakan di alam Melayu (kredit buat blog Ku Biar Kalam Berbicara).

Penguasaan BM tetap relevan dalam konteks dakwah di Malaysia biarpun dakwah tetap boleh dijalankan dalam BI, BA dll.

Ternyata gerakan anti PPSMI ini cukup unik. Pertama, unik akibat dua senario di atas. Kedua, unik dengan dipimpin oleh mereka yang bukannya orang besar dalam politik dan juga dalam gerakan Islam seperti Dato’ Dr Hassan Ahmad yang sebelumnya sudah sedia vokal dengan isu bahasa dan bangsa terutama dalam puluhan tulisan beliau yang dihimpunkan dalam Imbasan.

dsc_6858

Gambar hiasan: PPSMI khabarnya akan dinilai dan dibahas semula tapi bukannya dalam majlis yang sekadar diadakan di bawah pokok.

Advertisements

4 thoughts on “Pejuang bahasa tidak sinonim dengan pejuang agama?

  1. Ya. Tidak mustahil tesis ijazah lanjutan akan datang dalam BM manakala semua pelajar luar negara diwajibkan belajar BM. Biarpun tesis mereka dalam BM, namun untuk mengakses tesis2 yang lain di samping ratusan buku rujukan, mereka mesti tahu BM. Jadi, pusat bahasa di IPT tidaklah sekadar menawarkan bahasa2 asing sedang kelas bahasa sendiri tidak ditawarkan.

  2. isu BM ni nampaknya macam tak ada kesudahan. mana taknya, semua nak dipolitikkan.bila ada yang lantang sikit bersuara dah kata beraliran pembangkang. satu lagi hal, di parlimen pun, pak-pak menteri ni gunakan BM tunggang terbalik, kasar….macam manalah rakyat nak hormat BM tu sendiri…

  3. Ada dalam satu sesi kelas saya bangkit isu PPSMI. Bagi pembentang, rata-ratanya menyokong termasuk pensyarah itu sendiri. Tidak tahulah apa asasnya mereka menyokong, pada hal berikut hasil kajian selepas 6 tahun yang tidak didedahkan:

    a) UPSR 2008- 31.1%(159,234) pelajar menjawab dalam BI
    68.9%(352,641) pelajar menjawab dalam BM
    b) SPM 2007, pelajar Melayu dari SBP dan MRSM merosot merudum dalam kimia dan matematik

    Sungguhpun dalam media sering dipaparkan kecemerlangan dalam peperiksaan, hakikatnya markah lulus diturunkan kepada 30%.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s