Cikgu Jeniri di Johor Bahru

CIKGU Jeniri (Dr Jeniri Amir) bertindak dengan cemerlang mengendalikan bengkel intensif penulis rencana di Perpustakaan Sultan Ismail (PSI) pada 14 Mac lalu. Program tersebut merupakan anjuran PPJ JB, DBP WS dan PSI MBJB. Bengkel tersebut biasa dikendalikan oleh beliau di UNIMAS setempoh 28 jam, namun pada hari berkenaan masa yang diambil cuma 6 jam!

dsc06232Selain tip, beliau berkongsi pengalaman. Pengalaman menarik beliau termasuklah menulis 8 buah rencana dalam sehari. Pada peringkat awal, memang berjinak2 dengan penulisan fiksyen. Namun kemudian, beliau lebih cenderung kepada penulisan bukan fiksyen ibarat kata beliau, “rencana boleh ditulis pada setiap hari, tetapi cerpen takkan dapat dihasikan pada setiap hari.”

Antara tip dan saranan beliau adalah:

    • Baca tulisan2 Datuk Johan Jaafar yang boleh dianggap paling banyak guna statistik dalam rencana.
    • Baca tulisan2 A. Kadir Jasin dalam Mencari Dugalia Huso, kadirjasin.blogspot.com dll.
    • Baca tulisan2 Datuk Hassan Ahmad seperti dalam Imbasan, Di Luar Jendela dll.
    • Baca tulisan2 Joceline Tan, kolumnis hebat rencana politik tanahair.
    • Baca tulisan2 dalam Mastika sebagai antara contoh rencana kisah benar terbaik.
    • Beli buku Vital Statistic, The World in One Day (Russell Ash), The Top 10 of Everything dan seumpamanya.

Ops sebelum berpisah, sudikan membaca tulisan saya sewaktu sesi latihan menulis pendulu (setempoh 5-10 minit). Saya satu2 peserta dapat gred tertinggi, A-.

“Kini, saya semakin sering mengambil masa tiga jam untuk sampai ke rumah. Stres. Sungguh stres. Sudahlah letih seharian di tempat kerja, akibat jalan sesak, tubuh semakin berganda-ganda letih. Pernah beberapa kali sewaktu sampai ke rumah, semua anak saya sudah tidur. Bayangkan kalau anda hanya menemui anak sendiri pada hujung minggu sedangkan tinggal di rumah yang sama!” jelas Hasan Aris, pekerja swasta yang sering berulang-alik dari rumahnya di Pekan Nenas ke Pasir Gudang. (Pendulu Penglibatan Peribadi; Rencana mengenai kesesakan jalan raya di Johor Bahru.)

dsc06246

Dari kiri, Pengarah PSI, Ketua PPJ JB dan Cikgu JA.

Advertisements

6 thoughts on “Cikgu Jeniri di Johor Bahru

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s