DLL dan dunia buku, budaya ilmu

TAHNIAH buat Tuan Syed Munawar dan DLL-nya malam tadi. Ngantuk saya langsung menyirna seusai titisan DLL menitik masuk ke dalam kelopak mata.

  • Pn Ainon dan Pengarah Urusan ITNM juga tulisan Fauzul berjaya membuktikan bahawa industri buku semakin baik. Jumlah pembelian semakin meningkat, malah kalis gawat atau mesra gawat.
  • Pn Nisah bagaimanapun cuba persoalkan sejauh mana buku dibaca, kalau dibaca sejauh mana berfikir dan menyaring ilmu yang diperolehi.
  • Amalan terjemahan turut disentuh. Memang, kalau mahu maju amalan ini mesti diperkasa dan diangkasa sebagaimana dilakukan oleh Baitul Hikmah di Baghdad suatu masa dulu dan aktif dilaksanakan di Jepun kini.
  • Sehubungan itu, suatu yang terkesan di kalbu saya apabila Pn Ainon menyebutkan bahawa ITNM layak termasuk asnaf yang menerima zakat untuk tujuan penterjemahan, lantas hasilnya langsung di muat naik ke internet untuk diakses secara percuma oleh khalayak. Apa macam, badan penterjemah layak terima zakat? He, he.
  • Analisis Tuan Syed juga menarik apabila dikatakan minggu saham begitu mendapat liputan media berbanding PBAKL malah mendapat perhatian pemimpin tertinggi negara.
  • Industri buku malah bagai dianaktirikan berbanding industri muzik dan filem. Sesetengah pemimpin lebih selesa dengan statistik lapuk, orang Malaysia tidak membaca. Barangkali kalau banyak baca, takut lawan taukeh!
Advertisements

2 thoughts on “DLL dan dunia buku, budaya ilmu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s