SEKITAR jam satu petang (260409), bengkel blog yang dihadiri oleh golongan veteran ditangguhkan. Biarpun veteran (kecuali seorang yang baru tingkatan 2), mereka bersungguh-sungguh membina blog di atas kesedaran bahawa blog dapat dijadikan sebagai wahana pendidikan dan pendidikan. Alhamdulillah objektif bengkel tercapai.
Ada yang hadir dengan blog yang sedia beroperasi iaitu dawany.blogspot.com. Berikut merupakan senarai blog yang dihasilkan dalam bengkel, yang dapat saya bahagikan kepada tiga kategori:
- Blog peribadi – respons dan pandangan peribadi yang bernafas Islami
· hafidzms.blogspot.com (Coretan persekitaran diri).
· jasmyyunus.blogspot.com (Life in the alternative lane).
· farahyusof.blogspot.com (Santai bina minda).
· pelangikehidupan.blogspot.com (Iktibar dari sebuah kehidupan).
· sekadarsapaan.blogspot.com (Meneropong kehidupan).
· pimpindiri.blogspot.com (Menuju redha Allah).
- Blog kaunseling – membantu orang lain dalam menjalani kehidupan yang lebih baik
· sitirokiah.blogspot.com (Turning lemons into lemonades).
· barometer2009.blogspot.com (Allah’s solution to reduce stress).
- Blog ilmu – khazanah ilmu dan maklumat bermanfaat
· sayareka.blogspot.com (Structural design for young engineers).
· wasiatdanhibah.blogspot.com (Menghidupkan sunnah wasiat dan hibah).
Insya-Allah, bengkel lanjutan akan menyusul. Selamat beristiqamah mengemaskini blog!
Salam
wah hebat la blog ni
Terima kasih Ariff. Segala kehebatan yang untuk Allah.
wahh saya nak sangat join prog camnih…tp xtaw katner nk dptkn update…cikgu leh tlg x?…mane taw jika saya berkesempatan barangkali…insyaallah…hee~
Akim cubalah pergi Perhimpunan Penulis Muda PENA Mei ini. Lihat entri blog saya yang berkaitan.
cikgu, nak tanya sikit…saudara ramlee awang murshid punya blogkah?…sebab saya meminati novel-novel beliau…
patutlah Dr. Anwar Ridhwan pun dah ada blog, saudara punya inisiatif rupanya, haha
Pembikinan blog Dr Anwar tiada kena-mengena dengan saya.