Dua buku diulas lagi dalam media

DSC06746

SEMALAM saya dapat SMS tahniah berderet-deret (aka tahniah berganda) untuk:

  1. Novel dewasa saya, Meniti Batas diulas lagi dalam media. Kali ini dalam Dewan Siswa Mei 2009. Sebelum ini di Dewan Sastera November 2008 dan Dewan Siswa April 2009.
  2. Online dengan Tuhan diulas lagi dalam media. Kali ini dalam Milenia Muslim Mei 2009.
  3. Artikel ‘Membina syurga dunia: Apa sudah jadi dengan Pak Arab?’ berkaitan kota mewah Dubai, Doha dan lain-lain tersiar dalam Milenia Muslim Mei 2009.

DSC06721

Intro ‘Membina syurga dunia, apa sudah jadi dengan Pak Arab?’:

JANGAN disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari. Jangan disangka kontang sampai kiamat, kiranya terbina syurga duniawi. Barangkali inilah yang berlaku di negara-negara Teluk, membabitkan Emirate Arab Bersatu, khususnya, dan Kuwait, Bahrain, Qatar, Oman dan Arab Saudi.
Siapa sangka beberapa buah kota termaju dibina di kawasan padang pasir yang beribu tahun kontang gersang sebelumnya.

Siapa sangka kampung yang dihuni si miskin menjadi kota yang dihuni si kaya dari serata benua. Siapa sangka Arab Badwi penggembala biri-biri dan unta menjadi hartawan dan jutawan ternama dunia. Majoriti kerabat diraja dari wilayah Teluk adalah manusia terkaya di dunia.Mereka ialah Sheikh Khalifa al-Nahayan (UAE), Raja Abdullah (Arab Saudi), Sheikh Mohammed al-Maktoum (Dubai), Sheikh Hamad al-Thani (Qatar), Sultan Qaboos (Oman) dan Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah (Kuwait).

Keterangan gambar:

  1. Saya bagai diberi penghargaan disebabkan novel saya diletakkan di rak pertama bersebelahan dengan karya sifu Zaharah Nawawi di gerai Dawama sewaktu PBAKL lalu.
  2. Sewaktu sesi promosi Online dengan Tuhan di gerai PTS, PBAKL, 17 April 2009, 4-5 petang. Kelihatan di sisi, pengacara majlis, Ust Imran.
Advertisements

2 thoughts on “Dua buku diulas lagi dalam media

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s