Tiga perkara yang anda tidak tahu tentang saya

TIGA perkara tersebut adalah:

  1. Sewaktu awal remaja, saya pernah lemas di kawasan air terjun Kota Tinggi. Alhamdulillah, ayahanda selamatkan saya dengan sekadar menarik tangan ke kawasan yang lebih tohor.
  2. Berdasarkan keputusan ujian darah dan air kencing, alhamdulillah, semuanya OK kecuali kandungan kolesterol. Jumlah kolesterol saya ialah 6.9 mmol/l. Adalah disyorkan, kandungan kolestrol dalam darah hendaklah berada dalam julat 3.9 hingga 6.5 mmol/l.
  3. Saya pernah terlibat dengan penerbitan tiga buah album lagu-lagu kemanusiaan dan keimanan. Nama kumpulan yang saya anggotai ialah Grup Apresiasi Seni (GAS). Album-album diterbitkan oleh Audio Video Inspirasi (AVI).

Huraian:

  1. Kini saya meningkatkan kemahiran berenang sewaktu menghantar anak-anak ke kelas renang percuma anjuran Masjid Taman Universiti. Sekali gus, saya tidak lepaskan peluang berguru dengan guru renang, Tn Hj Mahyuddin.
  2. “Adakah lebihan 0.4 mmol/l itu signifikan?” tanya saya sambil memandang tepat wajah doktor yang nampak beberapa tahun lebih tua berbanding saya. Jawab doktor dengan yakin, “Ya.” Saya menerimanya dengan terbuka dan berazam mahu meningkatkan amalan riadah di samping mahu mengurangkan makan roti canai. Doktor malah memberi cadangan agar saya menggunakan minyak jagung atau minyak bunga matahari. Pada petang itu juga, isteri belikan minyak jagung. Yup, tentunya untuk saya. Ops, “Mengapa manusia lebih risaukan kandungan lebihan kolestrol dalam darah, sedangkan kurang risau akan kandungan syaitan dalam darah?”
  3. Segan nak cakap. Tidak salah jika dikatakan bahawa GAS (USM) dan Nahwan Nur (UPM) adalah kumpulan-kumpulan bertapak di IPT yang terawal di Malaysia terbitkan album nasyid. Kalau sudi, nikmati antara lagu-lagu GAS di sini dan di sini.
Advertisements

4 thoughts on “Tiga perkara yang anda tidak tahu tentang saya

  1. Kurang risau akan kandungan syaitan dalam darah?..
    bgs utk difikirkan dgn lebih mendalam..

    Kini sudah lebih ramai mengetahui perihal seorang abang sulung ini..hehe

  2. Zul, jumlah kolesterol 6.9 mmol/l, memang tinggi. Januari lalu, kolestrol saya 6.4 mmol/1 lebih rendah 0.5 mmol/1. Setiap pagi meratah oat + horlick. Orang kata, tekanan menulis. Heheh …

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s