Orang dewasa pun perlu buat latihan kefahaman

MENUNTUT ilmu tidak mengira usia. Justeru, kaedah dalam memantapkan ilmu turut tidak mengenal usia. Pada hujung bulan lalu, saya membantu ayahanda mengadakan bengkel Haji dan Umrah di Segamat. Saya rangka latihannya. Hmm, jawab jangan tak jawab!

DSC06663

Belajar itu kadang2 menyakitkan. Sebab itu ganjarannya besar. Belajar itu juga menghargai potensi akal anugerah Tuhan. Moga dengan ilmu, semakin dekat diri dengan Tuhan. Tanpa ilmu, mudahlah diperdaya syaitan.

DSC06666

Buku 501 Soal Jawab Haji & Umrah turut dijual oleh pihak penganjur. Yang berbaju jingga itulah orang kuat penganjur juga guru sekolah rendah saya yang takkan dilupakan jasanya sampai bila2, Cikgu Hjh Kadariah.

Advertisements

2 thoughts on “Orang dewasa pun perlu buat latihan kefahaman

  1. En. Zul,
    1. Terima kasih atas kunjungan dan tulisan dalam blog saya ‘rarws@blogspot.com’ (yang kerdil dan baharu sifatnya), ya… dalam entri tentang Perkampungan Penulis Muda Pelajar Johor tempoh hari.
    2. Insyaallah kita akan bertemu lagi dalam sesi forum pertama berjudul ‘Penulis Muda: Pengikut atau Pencetus’ dalam Perhimpunan Penulis Muda Nasional di Melaka pada 22 Mei 2009 nanti.
    Sekian.

    Rusdi Abd Rahman.

    • 1. Terima kasih kembali.
      2. Blog tuan tidak kerdil, apa lagi diri tuan yang amat tidak kerdil berbanding saya.
      3. Insya-Allah kita jumpa di sana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s