Perhimpunan buat penulis yang sentiasa rasa muda

BILA ramai yang lebih muda berada di sekeliling anda, apakah yang anda rasa? Rasa lebih muda, atau rasa sudah tua? Hmm, jawab, jangan tak jawab (anda dibenarkan untuk tidak gunakan kalimat ‘tua’).

Menghadiri Perhimpunan Penulis Muda (PPM) adalah amat berharga sebab inilah kali pertama menghadiri PPM. Ditambah dengan kali pertama membentang kertas dalam PPM dan menjadi orang pertama membentang kertas kerja dalam PPM kali ini, serta kali pertama menjual buku dalam PPM. Itu belum masuk kali pertama berkenalan dengan ramai penulis dan editor hebat juga bakal menjadi hebat termasuk penulis2 Arus dari kota Singapura. Anda dijemput membaca tulisan saya mengenai PPM di sini (terima kasih).

Saya tentulah tidak lepaskan peluang menziarahi ibu bapa mertua dan sempat pula mengurut, kemudian kembali ke penginapan dengan berkilo2 mangga dari rumah al-marhum ninda Hj Harun. Pada sebelah petangnya, ajak beberapa kawan ‘putar2’ Kota Bersejarah Melaka. Pada hari terakhir, sempat ambil masa berenang di kolam renang Tanjung Puteri Resort dan bermesyuarat tak rasmi di Jaya Jusco untuk projek novel grafik sebelum pulang ke Tanjung Puteri.

PPM banyak beri momentum membaca dan menulis di samping memupuk dan menyubur rasa persaudaraan. Tahniah buat barisan jawatankuasa penganjur, pemakalah dan semua peserta!

DSC_0095

Saya (paling kanan) sewaktu Sesi 1 PPM PENA 2009. Dari kiri, Cikgu Lutfi, Ust Salman dan Encik Rusdi. Foto oleh Bayan.

Advertisements

16 thoughts on “Perhimpunan buat penulis yang sentiasa rasa muda

  1. Tiba lewat walaupun Kak Nisah memandu 140-160 kmj dari seremban ke Melaka kerana kami tidak diberikan jadual. Makanya tidak sempat menghadiri sesi pembentangan cikgu.

    Apapun, pertemuan ini amat bermanfaat. Benar, bermanfaat dan berkongsi aura dengan penulis mapan, membuatkan semangat saya mahu menulis dengan serius membuak-buak.

    Selamat menjadi muda.

    • Kih 3X; selamat menjadi muda. Saya fikir, anda mengalami sedikit kerugian sebab terlepas mendengar pembentangan yang satu2-nya guna skrin di hadapan. Saya akan cuba muat naik kertas kerja dan pembentangan saya.

      Berbalik kepada rasa muda, teringat salah seorang penulis yang ditemui di Melaka. Katanya, di syurga, semua orang muda, semua penulis adalah muda!

      Selamat menulis untuk awet muda!

  2. Sepatutnya adakan juga perhimpunan Penulis Warga Tua di rumah orang tua-tua atau di mana-mana. Baharulah kami tidak merasa dilemparkan di hujung dunia.

    • Abang Amir. Sebetulnya tak perlu sangat nak tegas buat pembahagian ini untuk yang tua dan yang muda. Untuk makluman, Tn Hj Razali Endun pun turut hadir. Antara orang kuat perhimpunan ini pun ramai yang dah veteran. Dari satu sudut, menyerlahkan kata ‘muda’ adalah suatu bentuk penegasan kepada yang lama dalam membina generasi pelapis dalam kalangan yang muda.
      Saya fikir kalau dianjurkan Perhimpunan Penulis Tua, hanya abang Amir yang hadir. Ramai penulis lama tak hadir terutama dalam kalangan wanita. Penulis muda lagilah malu nak mai.

      • Ya, saya kira istilah muda tidak harus difokuskan kepada faktor umur. Seharusnya lebih kepada hasil penulisan. Kerana umur bukanlah apa-apa berbanding apa yang dihasilkan.

  3. Tuan,
    Saya juga teruja dapat bersama serta kenal-kenal penulis muda yang sememangnya prolifik… nama-nama mereka (termasuk foto dalam majalah) ini serta tulisan mereka banyak juga dibaca namun tidak kenal dekat secara fizikalnya… inilah peluang kenal-kenal serta dapat serba sedikit berkomunikasi secara langsung (walaupun hanya 2-3 minit).
    Bersama tuan di atas pentas hari itu sememangnya sebuah pengalaman menarik walaupun awalnya tidak disediakan apa-apa kertas untuk bergerak dalam sesi pertama itu… tapi akhirnya semangat tuan menyerap dalam diri ini kerana tuan panel pertama yang saya izinkan (selaku pengerusi sesi) berkata-kata… Namun maaf jika ada serba kekurangan dalam pengendalian sesi sulung itu terutama melibatkan tuan.

  4. Ya seperti Pak Razali, penulis yang sememangnya sudah ‘lama’ (usia dan penulisan) namun walaupun tidak dijemput, tetap memberi inspirasi mengalahkan orang muda.

  5. Saya pernah juga mendengar seorang ustaz bercerita di surau, seorang penulis Islam dahulu bila dia menulis sekelilingnya akan bercahaya. Saya agak-agak An-Nawawi yang inikah?

  6. Ya bercerita fasal Pak Razali kali terakhir saya bertemu dengan beliau di Masjid negara sewaktu kami sama-sama ke Istana menyembah bahasa pada Duli Tuanku.Bahasa dan air mata.Dia bertanya mana yang lain? Saya jawab entah.Pak Razali bukan sahaja berjuang dengan pena tapi dia berjuang dengan segala pancaindera yang ada termasuk mengalirkan air mata. Ya bahasa dan air mata sungguh mengharukan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s