Sentuhan warga berusia emas

PADA hari ini, ada banyak sentuhan daripada para warga berusia emas (saya tidak pasti, usia saya dalam kategori apa, perak atau tembaga atau besi karat).

Pak Abu. Seusai subuh di surau pagi tadi, tiba2 Pak Abu dekati saya. Dia hadiahkan rantai kunci dengan bentuk menara Eiffle kenit. Untuk makluman, Pak Abu baru kembali dari UK – anaknya melanjutkan pengajian di sana. Sempat dia melancong ke Paris, London dan Scotland, juga ke selatan di Stonehenge. Di Paris, dia turut berpeluang ke Disneyland. Tergelak besar saya.DSC_0287

Uncle Ilyas. Tiba2 dapat telefon daripada Uncle Ilyas. Dia mahu pastikan tentang cadangan saya supaya mohon tempat untuk mengerjakan haji di atas tajaan JAJ. Saya ulangi, cubalah.

Ibu bapa. Tengah hari, saya ke rumah ibu bapa. Ada sedikit diskusi terutama diskusi untuk misi ke Doha, Qatar pada awal bulan depan.

Bila berdepan warga berusia emas, letakkan dalam perasaan bahawa mereka jauh lebih baik lantaran banyak amal kebajikan dan pengalaman berharga. Bila berdepan warga berusia muda, letakkan dalam perasaan bahawa mereka jauh lebih baik lantaran sikitnya dosa dan amalan durja.

Hambar hiasan: Warga berusia emas yang menghuni Desa Bina Diri, Mersing. Usah hina, tapi bina.

Advertisements

5 thoughts on “Sentuhan warga berusia emas

  1. Hari tua kadang-kadang menakutkan. Pada hari itulah berkumpulnya segala penyakit.Urat dan tulang-tulang menjadi lemah dan kesunyian membadai ditinggalkan orang-orang yang dikasihi.Apa yang harus kita lakukan? Oh kehidupan hanya menunda kekalahan

    • Yup, ia suatu yang menakutkan buat ramai orang. Masa budak, beria2 nak besar. Bila dah besar, tak mau jadi semakin besar (tua). Namun antara zaman tua dan kematian, kita sendiri tidak pasti. Mati sewaktu tua atau sebelum tua.

  2. Ya sheikh,
    Sebenarnya warga emas yang baik adalah warga emas yang berfungsi sebagai gedung ilmu (dunia dan akhirat). Di surau aku ada seorang warga emas yang sentiasa datang awal untuk melaungkan azan. Aku benar-benar kagumi dirinya kerana aku sentiasa datang lewat berbanding dirinya!

  3. Ah tua-tua dia tidak minta didatangi tapi dia datang dengan sendirinya.Kita suka atau tidak dia tetap datang itulah hukum alam namanya.Bolehkah saya katakan bila hari tua nanti kita akan hidup umpama kapas yang berterbangan ditiup angin sebab apalah tenaga yang ada pada masa itu.

  4. Cikgu Amer dan Abang Amir. Itupun yang ingin kita idamkan, tua tapi bermakna dan berjasa. Kekuatan makrifat hanyalah seperti kapas, namun kekuatan hakikat cukup hebat anugerah daripada Allah.

    Imam an-Nawawi mati dalam agak muda, 44 tahun. Namun jasanya melaut; al-Azkar, Matan al-Arba’in dll. Al-Ghazali pula sewaktu 40 tahun biarpun masih masih gagah perkasa lazimkan diri berjalan dengan tongkat, tanda ingatan kepada tua dan kematian. Malangnya kita lazimkan diri dengan tongkat ali!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s