Penulis mesti cuba mencetus dan tulis buku

BERIKUT adalah antara apa yang saya simpulkan dalam forum Penulis Muda: Pengikut atau Pencetus dalam PPMN 2009 lalu (3.30-5.30 petang, 22 Mei 2009):

  1. Sekiranya anda penulis, cetuskan idea hebat, tidak klise dan mampu memberi impak kepada dunia dan teman-teman.
  2. Sekiranya anda penulis bertaraf sarjana, cetuskan aliran dan teori tertentu yang bermanfaat dan dijadikan ikutan zaman-berzaman.
  3. Sekiranya anda penulis beriman, cetuskan penulisan yang mampu menjentik jiwa di samping memupuk dan menyuburkan iman.

DSC06167Kesimpulan terakhir saya adalah, jika anda serius mahu menulis, maka tulislah buku. Lantaran pernah seorang penulis yang banyak menulis artikel lagi aktif dalam persatuan penulis mengeluh sebelum menemui Tuhan disebabkan tiada satu pun buku dihasilkan. Justeru, cubalah hasilkan buku. Ada tiga pendapatan pasif (passive income) yang bakal diperolehi daripada buku:

  1. Royalti.
  2. Kebaikan di dunia. Menulis adalah suatu bentuk pemberian. Pemberian yang baik, lazimnya dibalas baik. Hal ini sering disebut2 oleh pakar motivasi Barat termasuk Anthony Robin, Robin Sharma dll sedangkan ia sudahpun lebih awal disebut oleh nabi Muhammad.
  3. Kebaikan di akhirat. Penulisan sebagai suatu bentuk ilmu bermanfaat.

Kertas kerja saya berjudul ‘Penulis muda dan masa depan yang lebih cerah’ dapat dimuat turun di sini. Bagaimanapun pembentangan lebih fokus kepada aspek kreativiti dan penulisan.

11 thoughts on “Penulis mesti cuba mencetus dan tulis buku

  1. Makanya, pada catatan ini saya merasa ‘pedasnya cili’.

    Ya, memulakan sesuatu itu sangat sukar tetapi perlu dimulakan. Mungkin seperti bayi yang gerun memulakan langkah pertama, tetapi teruja mahu kehadapan atau ke sana sini dengan kaki sendiri.Tersungkur dan bangun berulang kali.

    Saya perlu begitu barangkali.

    • Selamat melangkah untuk kali pertama. Lazimnya, selepas langkah pertama pasti disusuli langkah kedua. Mulakan langkah kanan lantaran tempat yang dituju adalah destinasi perjuangan, yang kudus dan tulus, dengan misi tegak kebenaran, retak kebatilan.

  2. Pada sy pula, sukar untuk menggelarkan diri ini sebagai penulis..sekadar mencalit hanya beberapa patah perkataan shaja di dataran kertas media masih tidak layak rasanya dipanggil penulis…cukuplah untuk gelarkan diri ini sebagai pencinta tinta yg masih lagi setia untuk belajar menitikan mata pena…dan masih lagi tabah menggodam idea..

    Selain apa yang En Zul rumuskan seperti di atas, rasanya tidak tersilap kiranya saya menambah satu lagi rumusan. Sistem mentor-mentee seperti dalam kertas kerja yng telah dibentangkan amat menarik pada sy… adalah lebih cantik kiranya sistem itu diteruskan malah ditambahbaikkan. Mengapa tidak setiap kali adanya perhimpunan sebegitu kita agihkan kumpulan mentor mentee dan mereka boleh tetap berhubung walaupun sesi perhimpunan tamat. Maka, rantaian ilmu berlaku berterusan dan lebih sistematik kiranya orng seperti saya punyai mentor sendiri. Tapi agak sukar untuk direalisikan bukan? Apa yg saya lihat kebnyakan penulis lebih selesa bergerak sendiri dan bebas. Kenapa tidak diadakan seperti program realiti tv MENTOR (tunjuk ajarku sifu) khas untuk penulisan. Tidak bermaksud harus masuk dalam rancangan tv tetapi cukuplah buat permulaan bagi salah satu program wajib PENA untuk setiap tahun mungkin…dan InsyaAllah mungkin daripada program sebegini buku lebih mudah dihasilkan secara berjemaah bawah tunjuk ajar sifu yg sudah hebat. sekadar cetusan idea drp diri yang masih merangkak dalam dunia penulisan.-santi-

    • Mentor-mentee memang amat berkesan. Namun segalanya sukarela sebagaimana beberapa mentor yang pernah membimbing saya. Sebahagiannya tidak dikenali, tidak popular dan tidak disebut2 dalam mana2 perhimpunan penulis. Cadangan mentor buat sitinorsanti, konsisten menulis dan cuba bangunkan blog😉

  3. Majlis Ceramah di Masjid Al-Hidayah bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin(Ahli Majlis Fatwa N.Sembilan),

    Tarikh : 28 MEI 2009 (KHAMIS-MALAM INI)
    Masa : Lepas Solat Maghrib &
    Masjid Al Hidayah Taman Melawati
    Muslimat semua dijemput hadir,

    Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Maznor di talian 019 662 3826.

    http://pondokhabib.wordpress .com

  4. Salam,

    Ustaz! Akhirnya, tergerak jua jiwa untuk menggerak jari, nak tinggalkan memori sepi di blog Ustaz yang sudah lamaaaa dipantau ini ;D

    Penulis bakal hebat, ya? Terima kasih, Ustaz… InsyaAllah! =D

    Terima kasih menulis entri ini dan memautkan kertaskerja…

    Dan oh, ya, terima kasih teramat kerana sudi menghantarkan kami ke Larkin! Jazaakallah Khair!🙂

    Wassalam.

    • Sama2. Boleh berdiskusi lagi selepas ini mengenai penulisan dll. Ada pelajar yang berhijrah ke sana dan saya harapkannya dapat ikut kelas2 anjuran Darul Arqam. Tlg sms saya, saya tiada no S.K.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s