Indahnya berafik dengan lelaki bernama Rifqi

DSC06588SEMALAM (Rabu), sewaktu meraikan seorang hamba yang menemui Tuhannya, saya menemui rafik bernama Rifqi. Salam takziah buat Sdra Ali Hassan, Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sports dan keluarga di atas pemergian kekandanya. Bertempat di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, jenazah disolatkan dengan diimami oleh Dato’ Noh Gadut.

Seusai solat, saya berbesar hati apabila diterima sebagai tetamu di rumah Rifqi yang lebih dikenali sebagai Ust Rifqi. Pelbagai mauduk dibicarakan termasuk mauduk utama, metodologi pengajaran bahasa Arab menggunakan al-Quran khusus buat kalangan warga berusia emas. Rifqi kini cuti tanpa gaji semata2 menyambung pengajian di peringkat sarjana di UUM.

Sebelum pulang, saya diberi pinjam dua buah buku dan menerima hadiah dua buah buku tulisannya:

  1. Hizbu al-Bahri, Hizbu al-Nawawi, al-Ma’thurat dan Doa Munajat Pilihan.
  2. Amalan Sunnah Selepas Solat (begitu lebih kurang).

Untuk makluman, ia antara beberapa buah buku yang ditulis sebagai wahana pengumpulan dana untuk pembangunan Maahad Tahfiz Darul Qur’an wal-Qiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan.

Advertisements

One thought on “Indahnya berafik dengan lelaki bernama Rifqi

  1. Pingback: Apabila jumlah zakat menjadi KPI syarikat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s