Assalamualaikum, pendekkan ‘kum’, usah panjangkannya

LAZIMNYA, orang Melayu gemar memanjangkan ‘kum’. Maka jadilah:

Assalamu’alaiKUUUUUUUUUUM!

Bila saya teliti orang Arab dan Pakistan beri salam, bunyi ‘salam’ lebih menyerlah seperti:

AsSALAAMu’alaikum!

Kalau dibaca daripada tulisan Arab mahupun Jawi, ‘kum’ itu sepatutnya pendek. ‘Kum’ yang pendek lagi kontot itu merujuk kepada ganti nama kamu. ‘Kuuuuuum’yang panjang dan bermelodi itu  saya tidak mengerti. Barangkali hantu kumkum?

DSC06696

Gambar hiasan: Hiasan di lobi Westin KL. Bila penampilan tak rupa muslim, serba salah hendak beri salam.

Advertisements

5 thoughts on “Assalamualaikum, pendekkan ‘kum’, usah panjangkannya

  1. Zul,
    Saya kerap mendengar seorang imam membaca “Salamu’alaikum warahmatullah” ketika mengakhiri solatnya. Beliau telah menggugurkan “Assa…” Kata ulama’ batal solatnya kerana salam itu merupakan rukun qauli.

    • Hmm, terima kasih di atas perkongsian. Kekadang ada juga yang beri salam ikut suka hati sendiri seperti SEMEKOM (macam akronim Sek. Men. Komunikasi pula).

  2. Terima kasih kpd Ustaz kurauwi dan terima kasih juga kpd zul(ustaz juga)dapat juga saya sebutir ilmu sebagai panduan dikala cuaca mendung dan dikala berjalan dalam gelap malam.

  3. Bagus juga isu salam ini diketengahkan…Ingin berkongsi sedikit dan mungkin ramai yg telah mengetahui.

    JANGAN gunakan A’KUM sebab ia BERMAKSUD binatang [dalam bahasa yahudi].

    SEMEKOM pula bermaksud celaka kamu.
    Jadi GUNAKAN perkataan SALAM sebagai singkatan bagi Assalammualaikum.

    Satu lagi yg kerap terjadi selain drpd ‘Assalamu’alaiKUUUUUUUUUUM’ adalah perkataan ‘amiiin’ semasa mengaminkan bacaan surah terutama dalam solat berjemaah. Makmum sering menyebut “aaaaaaaaaaaamin” di mana “aaaaaaaaaaa” yang dipanjangkan dan “min” pula dipendekkan. Sepatutnya “amiiiiinn”..di mana “aaa” dipendekkan dan “miiiiin” sepatutnya dipanjangkan. Mungkin kebanyakan daripada kita terlepas pandang perkara sebegitu. Mohon penjelasan kiranya saya tersalah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s