Bersila di aspal emas hitam Qatar 1

DSC00027

KEADAAN tidak mengizinkan untuk ke masjid Umar al-Khattab, tempat Dr Yusuf al-Qaradawi sering beri khutbah Jumaat. Bagaimanapun, masjid Mauzah (mauzah bermaksud pisang) tidak kurang hebatnya dengan imam dari Yaman. Dalam khutbah, beliau berbicara mengenai rumahtangga. Antara lain suami harus bantu isteri di rumah sebagaimana yang diamalkan oleh nabi Muhammad. Selepas keluar masjid, rasa berpinar kepala. Suhu mencecah 48 darjah celcius!

Masjid Mauzah bersebelahan istana isteri kedua Amir Qatar (amir, gelaran kepada presiden atau ketua negara di sini). Di kompleks istana ini, ada kelas tahfiz pada sebelah petang khusus buat anak-anak perempuan. Kedudukannya tidak jauh dari Green Village tempat saya bermusafir selama empat malam di Doha dan tidaklah terlalu jauh dengan stadium utama Sukan Asia Doha 2006.

Koma (ini ikut stail blog Bayan)

‘Doha bukan setakat kepada 3 perkara sebagaimana yang saya tanggap sebelum ini; Sukan Asia, Dr Yusuf al-Qaradawi & al-Jazeera. Banyak perkara yang dipelajari di sini.‎’ Demikian yang saya tulis dalam facebook. Tiba2 Fudzail dari Dubai menambah, pangkalan tentera AS. Ya, benar.

Koma

DSC07007Skrin wujud di hadapan setiap tempat duduk. Tentunya sebahagian besar imej intro merupakan iklan syarikat penerbangan yang sedang saya naiki. Saya tidak faham mengapa adegan menuangkan khamar (arak) diserlahkan. Air yang turun dari botol serba gelap bagai dibiarkan lambat-lamat turun atau turjun lalu membasahi dasar gelas dan memenuhi sebahagian daripadanya.

Syarikat penerbangan ini milik kerajaan Qatar manakala Qatar bukanlah jauh dari Mekah dan Madinah berbanding kota tempat saya tinggal. Saya fikir, gema ucap nabi lebih kuat di sini. Gemanya masih terus maujud dan terus relevan di sepanjang zaman. Khamar itu ‘ummul khutuwat’ (ibu segala kejahatan). Malah dosa berkaitan khamar termasuk dosa besar.

DSC00078Bagaimanapun, arak tidak diminum secara terang-terangan berbanding di negara Islam lain (termasuk Malaysia). Bagaikan ada suatu ‘keseimbangan’ yang mahu diamalkan di sini – perlindungan kepada Syeikh al-Qaradawi dan perlindungan kepada tentera AS malah tempat AS lancarkan serangan ke atas umat. Barangkali ada benarnya kata2 seorang warga Malaysia di sini seusai slot ke-4 pengisian kami semalam, “budak2 di sini kuat sembahyang, kuat baca al-Quran dan kuat buat jahat!”

Koma

Saya fikir, kalau petroleum dan gas tidak muncul di bumi Qatar, barangkali saya takkan menjejakkan kaki ke sini. Allah Maha Kaya. Manusia yang hakikatnya fakir dan miskin di sisi Tuhan.

Advertisements

6 thoughts on “Bersila di aspal emas hitam Qatar 1

  1. Hmm, AS ada di mana-mana. Pengaruhnya buat kita [negara Islam] sering hilang pertimbangan tentang hukum dan hakam. Makanya, salahkan siapa?

    Qatar, menarik jika diceritakan dengan lebih banyak dan lanjut. Kerana apa yang ada dalam kepala saya sekadar maklumat di wikipedia dan filem Transformers.

    Koma itu, ambillah jika perlu. Bukan stail saya. Itu hela nafas untuk cerita selanjutnya. Semua orang hela nafas termasuklah cikgu. Semoga semuanya baik-baik sepanjang ziarah di sana.

  2. Assalamualaikum wrt. wbt.

    Masjid Ar-Raudhah menganjurkan SEMINAR TAFSIR ‘PEMURNIAN AL-QURAN DARIPADA PENYALAH TAFSIRAN’

    Tarikh: 19 Julai 2009 (Ahad)
    Masa: 9 pagi – 3 petang
    Tempat: Dewan Serbaguna Masjid Ar-Raudhah

    Daftar Segera !!! Tempat Terhad

    100 peserta pertama akan mendapat buku “ NABI KU ” Percuma !!!

    LEMBAGA PENTADBIR MASJID AR- RAUDHAH
    30 Bukit Batok East Ave 2 Singapore 659919
    Tel : 02-6899 5840 / Fax : 02-6564 1924

    sampai-sampaikan!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s