Gerakan Islam dan PPSMI

PAS nampaknya terus tegas dengan dasar anti PPSMI. Demikian apa yang dilontarkan dalam Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam baru2 ini – laman web rasminya boleh dilihat di sini.

Dari satu sudut ia suatu penegasan bahawa gerakan Islam turut anti PPSMI biarpun terpaksa mengambil masa yang panjang. Pendokong gerakan Islam (PAS dll) yang ramai terdiri dpd yang berpendidikan Arab dan Inggeris tidak dinafikan ada yang lihat perjuangan bahasa itu sinonim dengan perjuangan nasionalis. Memperjuangkan bahasa Melayu hanya memperjuangkan Melayu, bukan Islam. Kononnya, bahasa yang merujuk kepada bangsa itu bukan isu penting. Yang penting adalah isu agama. Benarkah begitu? Dalam konteks Nusantara, agama berkembang menerusi bahasa ibunda dan budaya tempatan. Wali Songo sebagai contoh menguasai bahasa ibunda untuk dakwah malah menggunakan budaya tempatan sebagai wahana dakwah seperti dengan mengadakan pertunjukan wayang kulit.

DSC00054Bustan al-Katibin (oleh Raja Ali Haji), Matala’al Badrain wa Majmu’ul Bahrain (oleh Muhammad Daud al-Fatani), Sairus Salikin (oleh Abdul Samad al-Falembani) dan Tafsir al-Azhar (oleh Hamka) (serta tidakm ketinggalan tafsir al-Quran di radio ‘Abrul Athir oleh ninda Ust Ahmad Sonhadji) pula adalah antara contoh karya agung Melayu yang penting dalam konteks pemaksian akidah dan peningkatan kefahaman Islam.

Sehubungan itu, sumbangan Idris al-Marbawi wajar diimbau. Beliau boleh dianggap sebagai pejuang bahasa sekali gus pejuang agama. Lihat sahaja karya-karya besar beliau khususnya Kamus al-Marbawi dan Bahrul Mazi. Kamus anak murid Tok Kenali ini dipercayai merupakan kamus Arab-Melayu paling meluas digunakan di alam Melayu.

Bahrul Mazi atau judul lengkapnya Bahrul Mazi li Syarh Mutkhtasar Sahihit Tarmizi merupakan terjemahan kitab Sahih at-Tarmizi dan disyarah oleh al-Marbawi. Inilah terjemahan lengkap kitab hadis tersohor oleh at-Tarmizi yang sulung dalam bahasa Melayu. Ia mengandungi 22 jilid yang sudah diterbitkan (kredit buat blog Ku Biar Kalam Berbicara).

Dalam konteks masa kini, bahasa Melayu masih terus relevan sebagai wahana dakwah. Lambakan buku agama berbahasa Melayu adalah bukti nyata – peluang besar buat umat Melayu untuk memahami Islam. Sebaliknya buku agama berbahasa Inggeris sukar untuk ditemui dan bahasa Inggeris bukanlah bahasa dakwah utama untuk golongan marhaen.

Advertisements

3 thoughts on “Gerakan Islam dan PPSMI

  1. Saya hairan, mengapa mereka yang menyokong PPSMI tidak memahami apa yang ingin diperjuangkan oleh anti PPSMI.

    Atau sengaja tidak memahami? Untuk elak sesuatu mungkin. Hal ini menjadi percaturan yang berat, padahal mudah sahaja jika masing-masing tahu titik perbincangannya.

    Sampai bila?

    • Itu lumrah alam sejak zaman Habil dan Qabil. Satu pihak kata tak faham, satu pihak lagi kata tak faham2. Moga kita berada di landasan kebenaran dan teguh dengannya.

  2. artikelnya cukup menarik,perkenalkan saya dari indonesia, saya suka blog anda.
    ikutilah blog kontes indonesia dengan hadiah-hadiah menarik, jadilah pemenangnya di indonesia blog kontes, daftarkan blog anda info di http://herbamart.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s