Bersila di aspal emas hitam Qatar 2

DSC00048BEBERAPA fakta tentang Doha yang menarik untuk dikongsi (selain daripada yang disebutkan dalam entri Bersila di aspal emas hitam Qatar 1):

  • Umumnya semua barang di sini mahal kecuali dua perkara: kereta dan petrol. Jika dibandingkan dengan harga Malaysia (secara anggaran kasar), harga kereta di sana bahagikan dengan dua, harga petrol, bahagikan dengan lima (petrol lebih murah berbanding air mineral). Kos pendidikan di sekolah antarabangsa boleh mencecah QR 70 ribu. Pendaftaran masuk ke klinik gigi berjumlah QR 200, sebelum mendapat sebarang rawatan. RM 1 sedikit tinggi berbanding QR 1.
  • Seorang lelaki Qatar (Qatari) sejati umumnya mempunyai ciri-ciri: Memakai jubah Qatar lengkap dengan igal, bercermin mata gelap, dan memiliki Toyota Land Cruiser. Khabarnya, separuh daripada Land Cruiser di seluruh dunia berada di Qatar.
  • Sebelum minyak dan gas ditemui, Doha terkenal dengan mutiara. Mutiara sedalam 15-20 meter menjadi hasil utama Doha yang unik. Kini, pendapatan Doha (sekitar USD 600 bilion) adalah dua kali ganda berbanding nilai perbelanjaannya. Simpanan gasnya dikatakan 10 kali lebih banyak daripada yang dimiliki oleh Malaysia. Boleh dikatakan, tiada seorang pun pribumi Qatar yang miskin. Mereka diberi pelbagai elaun. Sebahagian bil adalah percuma!

KOMA

DSC00076Perjalanan balik ke tanahair menguji Muslim dalam mendirikan solat subuh. Ini memandangkan pergerakan kapalterbang yang melawan arah gerakan matahari. Justeru, waktu subuh dalam kapalterbang amat singkat. Agak sukar untuk menentukan waktu subuh dalam kapalterbang. Satu cara adalah dengan melihat ke luar tingkap. Pun begitu, keadaan yang amat cerah di luar tingkap barangkali masih lagi ada waktu subuh. Sebabnya, harus diingat, kedudukan kapalterbang yang berada amat tinggi di udara. Yang demikian, cahaya matahari lebih sampai dahulu ke kapalterbang berbanding di bumi.

Cara lain yang boleh dilakukan adalah dengan melihat peta dalam skrin. Pergi ke menu dan klik ‘Info & News’. Seterusnya pilih ‘Interactive Map’. Kemudian pilih pula ‘Follow Plane’ bagi menentukan kedudukan kapalterbang dalam peta dunia. Selepas itu, pilih pula ‘Day/Night’ bagi menentukan sempadan malam dan siang. Subuh boleh dianggap berada di sempadan malam dan siang.

Menurut pendapat saya, sekiranya anda bertolak dari Doha pada jam 1.35 pagi, maka waktu subuh adalah sewaktu kapalterbang berada lebih kurang di garis bujur yang sama dengan kedudukan garis bujur kota Karachi, Pakistan atau sekitar selepas 3 jam daripada masa kapalterbang berlepas. Jika anda mahu ke Doha, atau ke Timur Tengah, waktu subuh agak panjang dan tidak menjadi masalah. Ini disebabakan pergerakan kapalterbangh yang seiring dengan gerakan matahari dari Timur ke Barat. Moga tip ini bermanfaat.

qatar emak audiensTidak ada sebab seseorang mukmin mahu tinggalkan solat biarpun ketika bermusafir dalam kapalterbang. Lebih malang lagi jika anda baru lepas tunaikan haji atau umrah dan mahu pulang ke tanahair, tidak dirikan solat. Hal ini yang pernah saya dan ayahanda Ust Khair sentuh dalam buku Yang OK dan KO dalam Ibadah Haji dan Umrah. Moga Allah beri kekuatan kepada kita semua dalam mendirikan solat dengan sempurna dan penuh ubudiyah kepada-Nya, Hendak seribu daya, mahu seribu cara.

Tulisan ini disempurnakan sewaktu saya tidak jauh dari kawasan udara lembah silikon India, Bangalore. Sebentar lagi, saya akan melewati Chennai.

KOMA

DSC07028Tak pernah seumur hidup saya masuk ke dalam renang pada jam 5 pagi. Sebabnya, subuh pada jam 3 suku pagi manakala pada sebelah petang kolam renang dibolot oleh manusia berbikini (boleh tahan juga Qatar ini).

* Keterangan gambar paling atas: Potret Ali Mirza (Parsi) di Muzium Kesenian Islam, Doha.

Advertisements

2 thoughts on “Bersila di aspal emas hitam Qatar 2

  1. besnye merantau negara orang..

    kolam yang disaluti manusia berbikini pun dah ada di hotel2 negara kita cikgu (boleh tahan juga Malaysia ni) hehe..

    p/s: Hari tu dalam kereta (pulang dari Melaka) cikgu ada tanya bagaimana munculnya kump Punk, Headskin dll (kalau tak silap).

    Saya rasa hampir ketemu jawapannya lepas baca buku Malapetaka Darwinisime Terhadap Manusia (mungkin cikgu pernah baca). buku tu ada hurai tentang kesan ideologi darwinisme terhadap kump2 yg ada pada hari ni. Gaya pembawakan mereka dengan kumpulan Neo-Nazi semacam ada kesinambungan. Mungkin perlu cari buku yang lebih detail utk dapat maklumat pasal asal-usul kump2 tersebut.

    atau cikgu dah ketemu jawapannya, boleh kongsi dengan saya.hehe

    wallahualam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s