Sangka

DSCF3049SELEPAS satu kes, kita pun menyangka majikanlah yang zalim. Justeru, peraturan dibuat. Beri cuti kepada bibik anda. RM 10k akan didenda kepada mana2 yang engkar. Awas lho!

Terfikir: Bila cuti diberi, bibik lari, siapakah yang patut didenda? Siapakah yang zalim? Siapakah pendera?

Sewaktu saya uruskan bibik yang cabut lari, seorang pegawai berwajib memberitahu, ini biasa mereka lakukan. Saya bertanya, dalam sebulan ada berapa kes? Tak jawab. Tanya lagi, dalam sebulan ada berapa kes? Masih tak jawab. Barangkali agak berhati2 dengan saya.

Saya lalu dimaklumkan bahawa jika bibik ditemui, denda harus saya bayar. Tak silap RM 250. Saya cuba sanggah. Ia adalah untuk kos urusan tangkapan, penyediaan tempat, makanan dll. Ia benar2 suatu kekeliruan yang nyata. Sudah banyak kes bibik/pekerja cabut lari, apakah ‘pembelaan’ buat majikan? Salahkah bibik/pekerja didenda? Berdosakah agen diberi amaran oleh pihak berkuasa?

Barangkali tiada protes yang kuat daripada ribuan majikan bernasib begini. Kebanyakannya ambil keputusan, lebih baik tiada bibik sebagaimana salah seorang pemanggil di MHI TV3 pagi tadi. Senyap. Tak bising. Yang senyap itulah yang kalah, yang salah!

Bagaimana pula kalau bibik/pekerja langgar kontrak? Siapakah yang patut didenda? Dalam banyak kes, yang untung adalah bibik/pekerja. Yang rugi adalah majikan, tanpa menafikan ada majikan yang macam singa, pendera dan pendenda.

KOMA

DSC07187Semalam di Shangri-La KL, saya mahu minu kopi espresso. Saya sangka dapat cawan bersaiz biasa, rupanya dapat cawan kenit, alahai kenitnya. Maka seorang lelaki Muslim berbangsa Itali yang pernah terlibat dengan industri kopi di Itali memberitahu bahawa ia diproses secara ekspres/cepat. Ada beberapa implikasi kalau diproses cepat atau lambat, saya tak ingat. Yang pasti, kandungan kafeinnya tinggi. Pagi ini terjumpa sebuah majalah yang cuba bandingkan kandungan kafein dalam minuman terpilih (tanpa terjemahan):

  • Espresso coffee (175mg/100ml)
  • Brewed coffee (45mg/100ml)
  • Red Bull (33mg/100ml) – baru2 ini ada dakwaan ia mengandungi sedikit kokain
  • Brewed tea (25mg/100ml)
  • Instant coffee (24mg/100ml)
  • Pepsi Max (19mg/100ml)
  • Green tea (11mg/100ml)
  • Coca-cola (10mg/100ml)

KOMA

Sebelum itu, saya ke PNM (rasanya sudah lebih sedekad tidak ke sini). Disangka tempat yang sepatutnya dituju di bangunan utama PNM, tapi sebenarnya di TH Selborn. Ada 4 tingkat khas buat PNM di bangunan milik LTH ini.

DSC07183

Advertisements

2 thoughts on “Sangka

    • Bila berpeluang tinggal di negara ada salji, entah macam mana minat sungguh kepada kopi. Sebelum itu, pernah terfikir bagaimana makcik pakcik berketurunan Jawa di desa yang memilih kopi kampung sebagai ‘minuman rasmi’. Baru tahu, kopi memang ada nikmatnya. Namun semuanya tidak boleh berlebihan. Kalau tuan SF ke JB, di sini ada warung 888. Khabarnya 888 adalah jenama kopi. Mungkin boleh pergi rasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s