Yang seronok sewaktu 21 Jun

DSCF3115APABILA bapa diraikan untuk ‘hari bapa’ lantaran zuriatnya sejuk dalam pandangan Tuhan, malaikat dan orang beriman atau dengan kata lain KPI-nya dicapai.

KOMA

Apabila cerpen ‘Sefemto kandela cahaya‘ disiarkan dalam Mingguan Malaysia 21 Jun 2009. Cerpen yang banyak kali dibaiki, dikomen, penuh dengan cabaran termasuk disaman RM 300 kerana memandu lebih had laju di sekitar Tangkak. Cerpen yang mengambil inspirasi sewaktu bertungkus-lumus menyiapkan Hadiah Nobel dan Kreativiti Sains. Penyiaran tulisan ini tentunya jauh lebih manis berbanding 2 artikel lain yang disiarkan dalam media dalam bulan ini:

  • ‘Adab menulis dalam media digital’ dalam Jendela Selatan terbitan DBP Wilayah Selatan April 2009.
  • ‘Sejarah Keretapi Hijaz dari perspektif kejatuhan al-Quds’ dalam Perspektif terbitan JIMedia.

* Gambar hiasan: Di sisi tinggalan kawasan ternakan rumpai laut di pantai Punggai – rumpai laut  bukan sekadar enak dibuat ulam bahkan penting untuk industri kimia dan makanan. Subhanallah!

12 thoughts on “Yang seronok sewaktu 21 Jun

  1. salam abg.hj. tahniah, ya. bila sebut tentang disaman rm300 tu, ren tersenyum. rupa2nya bukan setakat laju saja. tapi, lesennya…he.he. lalu kita bergegas ke pejabat pos seremban sebelum solat jumaat.

  2. Ustaz,
    Cerpen ‘Sefemto Kandela Cahaya’ menarik kerana penerokaan baru terhadap kemapuan orang Melayu menaiki Belon untuk mengelilingi dunia.
    Tahniah.

    • Terima kasih Tn Hj Shapiai di atas kesudian membaca dan beri komentar. Ada dua kemampuan di situ, BELON dan NOBEL. Seorang sahabat seusai membaca cerpen ini pada tahun lepas membuat analisis, BELON itu anagram kepada NOBEL.

      • Ooo. gitu. Rendra pun ada menyatakan perkara yang sama tentang BELON yang jadi NOBEL.
        Tengah sedap baca..tup..tup akhir cerita dia tersedar dalam kapalterbang.. antara realiti dan angan-angan?

  3. Sebagai pengarang, saya melihat Irfan berjaya. Pertama, kembali dari Sweden tempat menerima Hadiah Nobel. Kedua, dia akan disambut sebagai wira negara. Ada satu lagi yang berjaya, pramugari berjaya berkerudung sopan, semurni citra Fatimah barangkali.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s