The kid is not my son & ICOT

‘THE kid is not my son’ dari satu sudut adalah cakap2 dari kelompok komuniti yang agak bebas dari hubungan seksual (salam takziah buat keluarga Micheal Jackson). Kalau difikir secara mendalam, ia menimbulkan banyak masalah – hubungan seksual bebas, hubungan seksual sebelum nikah, wanita ‘bersuami’ ramai dll. Oleh sebab itu pernikahan jauh lebih baik. Pernikahan dan perkahwinan menuntut kepada tanggungjawab.

DSC07229Malangnya, di dunia Barat yang jauh ke hadapan dalam bab pemikiran gagal melihatnya secara jernih dan jujur. Dalam filem Hollywood sehingga bilik kuliah universiti terbaik dunia, hubungan tidak sah lelaki-wanita diizinkan malah dipromosikan. Pun begitu tidak dapat dinafikan tokoh2 pemikir Barat seperti Edward de Bono dan Tony Buzan yang hadir di International Conference on Thinking (ICOT )di KLCC yang berakhir pada hari ini telah kemukakan pelbagai teknik dan kaedah berfikir yang hebat dan wajar dimanfaatkan, dan lebih cantik jika ia digunakan demi memahami kebenaran tanpa pengaruh hawa nafsu kerbau jantan di tengah2 bendang tanpa dinding dan tirai. Saya kagum dengan kesungguhan dan ketajaman mereka meneroka dunia pemikiran, tentunya saya lebih kagum jika ia dimanfaatkan sebaik mungkin. Fikiran yang agung adalah fikiran yang dapat mengagungkan Tuhan yang Maha Agung.

DSC07231

Bersama Mr Aw, salah seorang pembentang ICOT. Dia habiskan masa 15 tahun untuk bangunkan sistem ‘knowledge management’ yang hebat. Terima kasih kerana saya dapat perisian percuma.

Kalam fikir terakhir: Biar apa pun teknologi digunakan bagi melambatkan proses penuaan, kematian tetap tiba.

2 thoughts on “The kid is not my son & ICOT

  1. kalau semua manusia berfikir sebelum buat something, tak timbul isu bukan anak dia atau mcm kes bdk p’puan yg mati kat utm tu kn?masalahnya, mcm mne maju pn manusia ni, mesti balik pd asal jugak.mcm skrg ni, da ramai org yg ngaku Islam mcm org zaman jahiliah…sampai kekadang terlebih plak jahiliahnye…apo nk dikato?

    nmpknya isu ppsmi da selesai…sye kalau nk explain apa2 pd adik pn senang..tak la terhangak2 nk bukak kamus tiaap kali nk explain something…

  2. Sakinah anda akak yang baik, tahniah!

    Fasal cerita berfikir, pada hari ini kepentingan berfikir banyak dilihat dari segi bagaimana boleh buat wang besar berbanding bagaimana boleh buat iman besar. Ini berlaku di setiap peringkat; tua dan muda, di restoran lima bintang dan warung jutaan bintang (tiada bumbung) dsb. Ada pula yang obses fikir bagaiman slimkan badan berbanding slimkan nafsu. Berfikir harus difahami sebagai ibadah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s