Kereta lama penting supaya mudah dapat diskaun bila beli durian

DSC00089SPESIS kereta lama nampaknya semakin terancam – ingat, usah guna kalimat kereta buruk, tapi kereta lama, macam orang juga, ada perasaan. Khabarnya ada 4.8 juta spesis ini di Malaysia. Sebilangan (hampir semua?) syarikat insurans enggan melindungnya melainkan sebilangan kecil saja termasuk Pos Malaysia. Karenah memiliki kereta lama sudahpun lama berlaku di Singapura. Salah satu kebaikan makronya barangkali untuk merancakkan lagi industri automobil tanahair. Tidak mustahil perniagaan mekanik kereta akan terjejas jika keadaan ini berlanjutan sebab semua orang memiliki kereta baru.

Memiliki kereta lama bagaimanapun dari satu sudut penting untuk kelihatan berprofil rendah (tawaduk?). Ada yang sifatkannya sebagai kereta untuk ke pasar atau kereta untuk masuk kebun. “Kalau mahu beli durian, takkan mudah dapat diskaun kalau datang dengan kereta BMW baru?” Hakikatnya, bukan setakat beli durian. Beli sebiji mentol pun kalau bawa kereta mewah baru, lazimnya berisiko  dicekik darah.

Pun begitu, ada beberapa cara lain sebenarnya untuk mudah dapat diskaun sebagaimana disenaraikan di bawah:

  • Jalan kaki.
  • Naik basikal (basikal yang tak berapa canggih).
  • Tahu berbahasa Mandarin (jika penjual fasih berbahasa Mandarin).
  • Jadi jutawan yang tidak sibuk2 untuk sering tawar-menawar (namun lazimnya sebelum jadi jutawan dialah yang paling bijak menawar dan memujuk orang).
Advertisements

10 thoughts on “Kereta lama penting supaya mudah dapat diskaun bila beli durian

  1. Ya sheikh;
    Kisah ini ada betulnya kerana pernah berlaku pada diri ana. Kos membaiki pembentungan di rumah adalah RM3200.00 apabila tukang paip pertama melihat estima di dalam garaj. Kos ini kemudiannya menjadi M400.00 apabila tukang paip kedua melihat hanya ada kancil di luar pagar.Alangkah enaknya jika kenderaan kita boleh lakukan TRAANNNS….FOORR….MERS!

    • Cikgu Amer al-Transformeri. Ha, ha, ha. Ada baiknya kalau kereta kita boleh berubah2, kejap besar, kejap kecil, kejap jadi sekecil Kancil, kejap jadi sebesar Everest. Saya bersimpati dengan nasib malang tersebut. Tukang paip tak faham berkias. Estima itu sebenarnya ‘estimate’, sering berjimat!

    • Sesekali ada baiknya, judul menjadi amat panjang. Lain daripada yang lain yang boleh diistilahkan sebagai ‘outlier’ (istilah yang biasa digunakan dalam pelukisan graf dalam statistik). Kalimat ‘outlier’ ini saya baru dapat semalam selain daripada ‘out of a box’, dan gila-gila.

  2. Sdr. Zulkifli,
    Suami saya sehingga kini masih menyimpan Mazda buruknya. Bagi saya, kalau ditimbang kilo…mahu menangis tauke besi buruk!

  3. kalau la semua org beli durian jalan kaki atau naik basikal,mmg gulung tikar la apek2 yg jual durian 2…buah sedusun, yg laku 4/5 bijik je…tp tak pe…menyokong kempen ‘save da world’…reduce fuel combustion

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s