Di dunia, hendak hidup bukan semuanya senang

DSC07274DALAM keadaan sekarang, bukan mudah mencari wang. Namun bagi yang berusaha, kalau tak dapat banyak, dapat sedikit sudahpun merupakan suatu anugerah Tuhan, alhamdulillah. Yang penting halal. Semalam, saya benar2 kagum dengan kesungguhan seorang muallaf perempuan yang memasarkan syampu dan perapi rambut (lihat gambar yang disisipkan). Setiap satu berharga RM 10/botol. Adik saya mengatakannya sebagai jenama X. Bagi saya sungguhpun X, ada inspirasi kegigihan dan kesungguhan dalam diri muallaf berkenaan.

Seorang muallaf  lelaki (yang baru saya kenali) lain pula ceritanya. Dia baru saja diberhentikan kerja oleh bapa sendiri (dia bekerja dengan syarikat milik bapa) hanya disebabkan memeluk Islam! Dia dan adik perempuan dihalau. Buat masa ini, mereka berdua tiada kerja dan sedang mencari pekerjaan, atau lebih tepat amat memerlukan pekerjaan bagi meneruskan kehidupan.

Pada hari ini, saudara2 lelaki saya di Urumqi, Xinjiang, China tidak dibenarkan mendirikan solat Jumaat. Bagaimanapun di tempat saya ini, sekalipun pemerintahnya bukan Komunis, ramai yang enggan mendirikan solat Jumaat atau barangkali seronok berada di bawah pemerintahan Komunis!

Advertisements

10 thoughts on “Di dunia, hendak hidup bukan semuanya senang

  1. Ya, ada juga AJK masjid yang sambil lewa.
    Sedangkan di luar sana, mahu solat pun pemerintah tidak beri
    Di sini, duit kutipan mencecah puluh ribu namun usaha untuk mengimarahkan amat sedikit…
    Duit pula simpan di bank, mungkin mahu ajak AJK Masjid ramai-ramai tunaikan haji tahun depan….

  2. Kholid. Benar, ia sewajarnya beri inspirasi kepada kita.

    Siti, moga Tuhan pelihara akidah kita semua.

    Ridwanto, anda perlu bersedia menjadi pengerusi dalam tempoh 7 tahun akan datang, he, he.

    • Benar. Pun begitu, pilihan di tangan kita. Jika mahu akal menguasai peribadi, akal mesti dimuat turun dengan ilmu yang bermanfaat di samping selalu menerima peringatan.

  3. Tidak adakah seorang muallaf yang apabila dia memeluk Islam dirinya senang dan merasa selamat. Saya rasa kita mesti melakukan sesuatu untuk mereka, spt mengadakan pusat perlindungan mualaf

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s