Pengesahan kreativiti: HSDT dan lain-lain

DALAM dunia kreativiti, pengesahan adalah syarat utama. Lantaran sesiapa pun boleh mendakwa kreatif. Justeru, pengesahan kreativiti menjadi suatu yang penting dan disahkan oleh yang pakar atau berautoriti dalam bidang berkenaan. Demikian yang dipersetujui oleh ramai sarjana pemikiran kreatif.

IMG_9989Hadiah Sastera Darul Takzim (HSDT ) di Persada pada malam ini adalah antara bentuk pengesahan tersebut, dalam bidang penulisan khususnya penulisan fiksyen. Mana2 karya yang diterbitkan setempoh 2 tahun lalu boleh dicalonkan sendiri oleh sekalian karyawan Johor. Terus terang, saya sandarkan tiga pencalonan tapi satu pun ‘tak sangkut’. Maknanya ada yang lebih berkualiti, ada yang lebih kreatif. Malam ini saya cuba hadir selepas kelas jam 10 tentunya untuk bertemu dan meraikan teman2 dan sifu. Tahniah buat yang berjaya! (Gambar hiasan: Mangga bersaiz besar di Muar, Darul Takzim; foto oleh Liza)

Barangkali, agar diberi peluang untuk mendidik diri supaya lebih ‘jernih’ dalam menulis. ‘Jernih’ dalam fikiran, juga dalam kalbu. Bagaimanapun ada juga yang bukan mahu bahawa kreativitinya disahkan menerusi sayembara, tapi mahu sejauh manakah potensinya dalam bidang berkenaan. Dari sudut yang lain, kewujudan sayembaran menggambarkan betapa seriusnya pihak berwajib ke atas sesuatu bidang.

Bagi yang serius menulis, anda berpeluang sertai sayembara seperti berikut:

KOMA

Sukacita dimaklumkan bahawa Kolokium Penulis Johor 2009 akan diadakan di DBP Wilayah Selatan di Larkin Perdana pada 18 Julai 2009, jam 8.30 pg – 1.30 ptg. Agenda utama: Sesi dialog antara penulis Johor dengan Ketua Pengarah. Semua penulis Johor khususnya ahli Persatuan Penulis Johor (PPJ) dijemput hadir.

Advertisements

6 thoughts on “Pengesahan kreativiti: HSDT dan lain-lain

  1. Ya sheikh;
    Tak sangkut kali ini mungkin lain kali ada rezeki. Teruskan berkarya. Saya berminat sangat dengan Pertandingan Menulis Novel Sejarah Johor tetapi mungkin belum waktunya. InsayAllah mungkin suatu hari nanti.

  2. Tn. Hj.,
    Walau selepas kelas 10 malam pun tuan datang, satu komitmen tinggi yang baik untuk diteladani. Yang penting juga selepas acara HSDT, kita dapat menjamu selera bersama… secara peribadi itu menambahkan mesra saya dengan tuan.
    Terima kasih atas pemakluman tentang Kolokium dan juga kehadiran tuan dan Nimoiz dalam Kolokium kecil seadanya sempena HSDT itu juga.

    • Terima kasih di atas komen tuan di sini. Bila tak ada sayembara, minta diadakan sayembara. Bila sudah ada sayembara, kenalah sokong sekadar yang mampu. Satu lagi yang mustahak adalah kerjasama semua pihak (penulis-editor-penerbit-penjual-penaja) kalau penulis mahu maju dalam abad ke-21 ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s