Eloknya kalau Rosmah KEKAL begitu

Gambar di sebuah akhbar perdana menarik minta. Pasangan paling penting negara kelihatan berada di Baitullah. Alangkah eloknya kalau Rosmah KEKAL begitu. Moga yang lain pun KEKAL begitu biarpun sewaktu majlis pernikahan atau sewaktu sesi temuduga atau sewaktu bermusafir (dengan andaian tiada yang saksikan anda dalam kalangan orang yang dikenali).

KOMA

DSC07366Sewaktu hujung minggu baru2 ini, saya boleh dikatakan agak sibuk dengan pelbagai program sehingga tak larat ikut kawan2 ke kolam renang Nusa Mutiara (Rosmah dan Najib tentulah lebih sibuk di Timur Tengah). Jumaat malam ke Persada untuk HSDT, sempat makan bersama En Rusdi (DBP WS), Zaid Akhtar, Serunai Faqir, Shahrin dan Hj Shapiai (YWJ Citra). Kemudian ngeteh dengan Serunai Faqir hingga jam 2 pg. Pagi Sabtu hingga Zuhur, ke DBP WS utk Kolokium Penulis Johor. Alhamdulillah, buat pertama kalinya berpeluang makan di sebelah Pak Matlob. Penulis dan pejuang jawi, Pak Matlob dianugerahkan Hadiah Karyawan Sastera Johor dalam HSDT Ke-7. Saya kenali beliau sejak zaman kanak2 lagi menerusi kolum jawi di media. Pak Matlob ternyata KEKAL komited menulis. Beliau sudah hasilkan lebih 400 buah buku. Beliau wajar diteladani.

Artikel saya mengenai Kolokium Penulis Johor berjudul ‘Ketua Pengarah DBP turun padang’ boleh dibaca di sini.

KOMA

Salam takziah khusus buat Hj Zaim dan keluarga. Moga Ust Awang Pon diampuni Allah dan KEKAL dalam kerahmatan-Nya.

KOMA

Isra’ dan Mi’raj masih KEKAL diraikan dengan ceramah dan jamuan makan. Moga semangatnya direguk dengan penuh nikmat dalam cepu kalbu agar iman KEKAL hingga ke akhir hayat. Isra’ dan Mi’raj turut menanamkan suatu pemikiran bahawa jarak bukan suatu batasan, langit juga bukannya suatu batasan.

Advertisements

6 thoughts on “Eloknya kalau Rosmah KEKAL begitu

  1. Tn. Hj.,
    1. ‘Eloknya kalau Rosmah kekal begitu?’ Dalam sangkaan baik… diharap beliau kekal begitu!
    2. Terima kasih atas siaran berita dalam Malaysiaharmoni.com tentang lawatan turun padang KP DBP ke DBPWS, ya… beliau hadir untuk bersama dalam HSDT VII 2009 pada 17 Julai 2009 dan Lawatan Kerja ke DBPWS serta mengikuti @ terlibat dalam satu sesi khas bersama beliau dalam Kolokium Penulis Johor pada 18 Julai 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s