Promosi makanan pra puasa

HMM. Sepatutnya promosi puasa sebelum puasa Ramadan. Sebabnya itulah sunnah nabi Muhammad yang banyak berpuasa dalam bulan Syaaban.

DSC07398Entri ini sekadar menjadi ‘ubat gatal’ tangan sebab sudah lama tidak mengemaskini blog. Promosi pertama adalah suatu kuih inovasi – Melinjau Flake atau Emping Melinjau. Kalau sekali lihat, macam berasaskan emping jagung (corn flake) tapi sebenarnya tidak. Saya yakin kuih ini menjadi kuih paling kreatif dan inovatif untuk Aidulfitri akan datang. Ada kelainan. Ada keunikan. Satu balang harganya RM 22 kalau dibeli 2. Nak rasa datang rumah.

KOMA

DSC07265Yang ini pula, hidangan nasi berlauk ayam di gerai Iran di dalam kampus UTM Skudai. Sepinggan terlalu banyak untuk orang macam biasa. terpaksa bahagi dua dengan isteri. Harganya pun boleh tahan,RM 7 sepinggan. Penjual memang didatangkan khas berniaga di kampus, bukan untuk belajar. Di sini juga ada gerai Turki (saya pernah rasa spaghetti tapi kuahnya sedikit cair) dan gerai Arab. Gerai Melayu tentulah banyak. Jangan lepaskan peluang untuk merasa lempeng di gerai Mak Jah UTM. Kalau anda makan lempeng tidak jauh dari Hotel Selesa hanya dapat sambal, di gerai dalam kampus itu anada akan diberi dua mangkuk; satu mangkuk sambal, satu lagi mangkuk kuah kari.

KOMA

DSC07258Ini satu lagi makanan yang Allah jadikan, cempedak. Saya suka dengan refleksi yang pernah dibuat oleh beberapa penulis termasuk Haruh Yahya, di tanah yang sama tumbuh pelbagai jenis pokok pelbagai rupa dan jenis dengan rasa yang juga pelbagai. Sempena musim cempedak ini, dapatkannya ambil menghargai, mensyukuri dan mengagungkan Allah Tuhan Semesta Alam.

KOMA

Sabtu lepas saya ke KL. Singgah sebentar di R&R Seremban. Ternampak nangka yang dikeringkan secara vakum. Hmm, sudah lama tidak rasa. Namun harganya boleh tahan, RM 8.50. Di rak sebelah, ada kerepek kentang. Saiznya besar sedikit. Harganya RM 6.00. Aduhai, di negara yang lebih sesuai tanam nangka berbanding kentang, terpaksa bayar lebih untuk produk berasaskan nangka.

KOMA

Demi Ramadan yang penuh berkat. Makanan ilmu dan rohani perlu dicari dan disantap agar Ramadan lebih dihargai. Ballighna Ramadhan.

5 thoughts on “Promosi makanan pra puasa

  1. Salamun’alaik..

    Tumpang lalu..

    Amboi.. Dah mula bahang makanan Ramadhannya..

    jom ziarah gabungan 10 makanan sunnah di http;//qhazanah.wordpress.com

    Semoga dgn ini membuka peluang utk ramai umat islam menghayati dan memilikinya..

    syukran jazilan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s