Kemas kini anti virus dan anti syaitan

Norton, AVG, McFee dan lain-lain adalah beberapa perisian anti virus. Bagi kebanyakan komputer yang digunakan di negara ini, mengemas kini anti virus adalah suatu kemestian jika mahukan komputer masing-masing selamat daripada gangguan dan godaan virus.

Sebenarnya selain virus, spyware dan worm juga merupakan suatu bentuk gangguan. Begitu juga dengan manusia. Kalbunya, nafsunya, juga setiap juzuk roh dan jasadnya tidak terlepas daripada gangguan syaitan, persis virus, spyware dan worm yang mengganggu, menggoda dan malah mahu menjahanamkan fail dan komputer.

Justeru, ‘perisian’ anti syaitan juga mesti sering dikemas kini. Paling minimum adalah dengan ber-ta’awuz. Ta’awuz bermaksud membaca a’uzubillahi minassyaitani-rajim. Membacanya tak sampai pun satu minit. Jauh lebih singkat berbanding mengemas kini perisian anti virus menerusi jalur lebar terpantas lagi terkini! Maksud ta’awuz adalah ‘aku berlindung dengan Allah, daripada gangguan syaitan yang direjam’.

Ternyata Allah adalah tempat bergantungnya manusia dalam berlindung daripada gangguan syaitan. Bukan imam, bukan tok kadi, bukan bomoh, apa lagi Nujum Pak Belalang. Pada saban hari, setiap Muslim sekurang-kurangnya perlu membaca ta’awuz sebanyak tujuh kali. Lima kali sebelum mendirikan solat dan dua kali sebelum masuk ke dalam tandas (dengan andaian sekali pada waktu pagi, sekali pada waktu petang). Itu paling minimum.

DSCF3031Lagi banyak baca lagi bagus. Jika ke tandas lebih dua kali, bacalah ta’awuz, malah ada doa khusus pula sebelum melangkah masuk ke dalam tandas. Sebelum membaca al-Quran, anda juga dikehendaki membaca ta’awuz. Begitu juga sebelum bersama dengan isteri atau suami, malah ada doa khusus lagi.

Syaitan bukan macam virus. Kalau virus dicipta manusia, syaitan bukan dicipta manusia tapi dicipta oleh Allah. Kalau virus lebih muda berbanding umur manusia, umur syaitan jauh lebih tua berbanding manusia. Malah iblis, bapa segala syaitan mempunyai umur yang panjang, tidak mati-mati sejak dijadikan Allah, lebih awal daripada kejadian nabi Adam. Syaitan adalah musuh manusia yang tidak kelihatan.

Statusnya sebagai musuh termaktub dalam surah Yasin yang sering dibaca oleh masyarakat Melayu pada setiap minggu. Masalahnya, ia musuh yang manusia tidak boleh lihat dan rasa apa lagi mahu ditumbuk atau diterajang. Malah, ia boleh masuk ke dalam saluran darah hinggalah sehalus arteri.

Tulisan ini dihasilkan sehari selepas menerima konsultasi doktor perubatan terhadap keputusan ujian darah dan air kencing. Alhamdulillah, semuanya OK kecuali kandungan kolesterol. Jumlah kolesterol saya ialah 6.9 mmol/l. Adalah disyorkan, kandungan kolestrol dalam darah hendaklah berada dalam julat 3.9 hingga 6.5 mmol/l.

“Adakah lebihan 0.4 mmol/l itu signifikan?” tanya saya sambil memandang tepat wajah doktor yang nampak beberapa tahun lebih tua berbanding saya. Jawab doktor dengan yakin, “Ya.” Saya menerimanya dengan terbuka dan berazam mahu meningkatkan amalan riadah di samping mahu mengurangkan makan roti canai. Doktor malah memberi cadangan agar saya menggunakan minyak jagung atau minyak bunga matahari.

Selepas meninggalkan klinik, rupa-rupanya ada juga rasa risau terhadap kandungan kolesterol yang berlebihan itu. Namun, sempat pula kalbu saya berdetik, “Mengapa lebih risaukan kandungan lebihan kolestrol dalam darah, sedangkan kurang risau akan kandungan syaitan dalam darah?” Justeru dengan cara yang sama, “Mengapa lebih risaukan kandungan lebihan gula dalam darah, sedangkan kurang risau akan kandungan syaitan dalam darah?”

Manzurul Huq, Profesor Psikologi di Universiti Dhaka, Bangladesh menjelaskan bahawa syaitan sering mahu mendominasi dan menakluk jiwa manusia. Menurut beliau, “‘Aql (akal) menjadi lemah manakala gagal berfungsi dan lumpuh – nafsu sama ada berada di tingkat nafsu ‘’ammarah bissu’’ atau ‘lawwamah’.”

Demikianlah keadaannya. Bila syaitan mampu menunggang manusia, nafsu jahat pun bersama-sama syaitan menunggang manusia agar melakukan amalan maksiat. Pada ketika itu, yang maksiat nampak nikmat dan lazat. Yang buruk nampak montok. Yang kurap nampak mantap. Yang haram nampak suram (akan implikasi buruknya). Bagaimanapun Allah Maha Hebat, Maha Kuat dan Maha Perkasa. Dialah Tumpuan Permohonan dan Perlindungan yang mutlak. Sedangkan nabi Muhammad sering memohon perlindungan Allah daripada gangguan syaitan (padahal syaitan sendiri takut kepada nabi), mengapa kita katakan ‘tak nak’?

Advertisements

10 thoughts on “Kemas kini anti virus dan anti syaitan

  1. anti virus tapi pengalaman saya menginstal 2 antivirus terbukti sangat efektif, saya menggunakan antivirus avg 8 dan Nod32 jadi 2 antivirus ini saling menutupi kelemahan massing-masing..

    hindari lah marah sebisa mungkin karena syaitan akan mengalir di darah orang yang sedang marah sehingga menutup hidayah dan ilmu dari Allah

    • Ren, saya cuba bayangkan bagaimana rupanya kalau seluruh dunia ini dicerpenkan atau dinovelkan atau difilemkan. Tak boleh bayang, kecuali nampak bayang2… Ha, ha

  2. Ustaz,
    Saya yang sudah ‘lansia’ ini pun nampaknya kadang-kadang leka dan lupa dengan antivirus ta’awus tu. Terima kasihlah kerana mengingatkan.

    • Tn Hj Shapiai. Saya pun begitu jua. Semua tidak terlepas dpd serangan tersebut. Kepada Allah kita semua memohon pertolongan, dan kepada manusia (teman2 beriman) kita memohon peringatan dan inspirasi rabbani.

  3. Salam TUAN ZUL,
    Terima kasih kerana mengingatkan hal ini. Menarik amat entri ini. Cuma, yang saya ingin kongsi, betulkah terjemahan ta’awuz itu, iaitu ‘aku berlindung dengan Allah, daripada gangguan syaitan yang direjam’?
    Saya ada sepicing pandangan (entah ok atau tidak) tentang terjemahan itu, yang pada pandangan saya (sebagai ahli bahasa, bukan agamawan)kurang tepat. Insya-Allah, jika ada respons, akan saya ulas nanti dalam blog WITRA.

    • Ikut bahasa Arab saya yang cetek, itu pun yang saya terjemah. Kalau cikgu Azhar dapat beri terjemahan yang lebih baik dan lebih mesra, amat dialu-alukan. Ahlan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s