Yang bodoh dan yang termakan babi

BUKU yang sedang dibaca ialah Evaluating Training Programs oleh Prof Kirkpatrick. Mereka yang aktif mengendalikan latihan sewajarnya membaca buku ini. Biarpun agak ilmiah, ada banyak tip berguna. Buku yang saya cuba siapkan kini ialah M untuk Madinah. Ops semalam, teman akrab saya memberitahu bahawa orang yang bijak menulis tentang ilmu, yang cerdik menulis tentang peristiwa dan yang bodoh menulis tentang dirinya sendiri. Kalau begitu bagaimana dengan autobiografi? Bagaimana dengan The Road to Mecca, juga Travelog Haji? Ha, ha, apa pula fikiran anda? Wajarkah kita perlu kurang menulis tentang diri kita sendiri?

KOMA

Pagi semalam saya mengajar tentang jenis2 najis dan cara membersihkan najis2 berkenaan. Saya kemukakan kajian kes bagaimana kalau termakan daging babi. Tiba2 salah seorang anak murid (anak murid dewasa) menyatakan bahawa dia pernah dalam keadaan begitu sewaktu pulang ziarah ke Filipina. Hmm… “Anda tak perlu masukkan air tanah ke dalam perut! Ha, ha, ha!”

Berbalik kepada hamba Allah tersebut, yang amat bagusnya adalah dia menghantar SMS kepada seorang ustazah di Malaysia. Ustazah tersebut takkan hendak balas SMS. Maka telefonlah dia ke Filipina sambil menerangkan prosedur yang perlu dilakukan. Pengajaran:

  • Bertanyalah bila tidak tahu.
  • Yakini bahawa meninggalkan apa yang haram itu ada banyak kebaikan. Allah Maha Mengetahui mengapa sesuatu itu diharamkan. Dia lebih mengetahui berbanding manusia.
  • Gunakan telefon untuk kebaikan.
  • Simpan nombor telefon orang yang boleh dirujuk dalam bidang agama. Bukan sekadar simpan nombor mekanik, tukang paip, majlis perbandaran dan yang sewaktu dengannya.

Kalau lapang pada 8 Ogos ini, usah lepaskan peluang ke Seminar Fenomena Najis Mughallazah.

DSC07354

Gambar hiasan: Belon udara panas di Kotaraya, Johor Bahru.

Advertisements

6 thoughts on “Yang bodoh dan yang termakan babi

  1. Salam dari KL.
    Ya, saya fikir buku2 berbentuk pengalaman diri sendiri lebih cantik kiranya digarap dalam bentuk karya kreatif. Kalau pun ingin menulis autobiografi, biarlah sekali dalam dunia penulisannya. Kalau mahu menulis pengalaman boleh juga, kalau tak penerbit takda modal pula … hehehe

    • Serunai Faqir. Ada benarnya autobiografi biarlah sekali, namun bukan mudah melamar penerbit melainkan penulis bertaraf tokoh. Apa pun saya yakin kebanyakan penulis autobiografi yang hebat bukanlah mahu sangat menulis mengenai kebaikan yang ada pada dirinya.

  2. Assalamualaikum wrt. wbt.

    Petikan kata-kata “orang yang bijak menulis tentang ilmu, yang cerdik menulis tentang peristiwa dan yang bodoh menulis tentang dirinya sendiri” pernah saya jumpa dulu, juga dalam blog atau website. Boleh tak diketahui daripada siapa mula-mula ia dikeluarkan (mungkin rakan tuan pun memetiknya daripada orang lain). Kalau difahami perkataan itu ada semacam kebenarannya juga tapi kita tak mahu la ada ‘frasa’ (betul ke perkataan ni) yang tersebar luas di kalangan masyarakat Islam dan menganggapnya benar, sedangkan ia datang daripada seseorang yang tidak ‘authentic’.

    Salam

    • Hasan, sebab itu saya cuba lihat dr perpektif autobiografi (penulis menulis tentang biografinya sendiri). Dari perspektif orang hendak belajar menulis @ hendak dapatkan stamina menulis, menulis tentang diri sendiri adalah kaedah paling mudah. Satu tip untuk elakkan masuk bakul angkat sendiri adalah dengan menulis tentang apa yang dilihat dan dicerap. Usah kita bunuh bakat menulis lantaran takut menjadi bodoh.

  3. Menulis autobiografi saya rasa satu genre yang ada tekniknya. Kreatif.

    Saya rasa orang yang bodoh menulis tentang dirinya adalah merujuk kepada penulis yang tak habis-habis menulis tentang diri sendiri sahaja dalam blog, maksudnya yang mudah-mudah. Macam cuba mencari populariti.

    Kalau dah masuk bab autobiografi, rasanya tak bodoh. Untuk berskongsi kepada khalayak sesuatu yang baik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s