Meniti Batas dibicarakan Khamis ini

meniti-batasDENGAN izin Allah, novel Meniti Batas akan dibicarakan pada Khamis ini sempena program Bicara Karya Sastera Negeri Johor 2009. Novel yang disempurnakan pelancarannya oleh SN A Samad Said pada 7 Jun 2008 ini pernah diulas sebanyak tiga kali dalam majalah termasuk Dewan Sastera. Novel ini mahu mengangkat martabat industri kerepek ubi kayu ke persada antarabangsa. Ia insya-Allah akan dibicarakan oleh Munsyi Dewan, Pn Ruzaini Yahya. Sebenarnya, ada dua lagi karya akan dibicarakan dalam majlis yang sama iaitu kumpulan cerpen Mazhab Cinta (Sdra Rendra) dan kumpulan puisi Keris Sebilah Ini (Hj Shapiai). Program ini merupakan anjuran DBP Wilayah Selatan bersama Bhg Teori dan Kritikan Sastera DBP dgn kerjasama Panitia Kesusasteraan Melayu Muar. Butiran lanjut program adalah seperti berikut:

Tarikh : 20 Ogos 2009 (Khamis).

Waktu : 9.00 pagi – 1.00 tengah hari.

Tempat : Dewan SMK Raja Muda, Parit Jawa, Muar, Johor D.T.

Siapa sangka, novel berprotagonis Jawa lagi mengandungi falsafah Jawa ini dibicarakan di kawasan penduduk Jawa di Parit Jawa, malah tempat terawal moyang saya (sebelah ayah) mendarat di Tanah Melayu, dari Pulau Jawa. Promo tentang program ini juga maujud di blog Melihat Kesunyataan dan blog WB Rendra.

Semua dijemput hadir. Percuma. Insya-Allah saya akan bukan gerai jualan buku2 saya di sana termasuk buku Online dengan Tuhan dengan harga istimewa.

Advertisements

7 thoughts on “Meniti Batas dibicarakan Khamis ini

  1. Tn. Hj.,
    Berbanyak terima kasih atas promosi percuma tentang program yang bersifat kecil-kecilan cuma ini.
    Jika Tn. Hj. bersedia untuk buat jualan buku, pihak tuan rumah ada sediakan ruang untuk hal ini.

  2. salam…Tahniah! sudah lama tidak bertandang ke sini..byk cerita ceriti menarik..abg juga boleh kunjung ke my multiply wlupon tidak boleh menkomen di sana.. Saadah nantikan kemunculan ODS..sepatutnya dilancarkan sempena Ramadhan kerna syaitan dirantai khas dalam bulan tersebut.. BTW, Salam Ramadhan!

  3. Pingback: 1 hari bersama 3+1 karya « Idea menulis

  4. salam.sy pelajar pn ruzaini yahya di SMK (p) Sultan Abu Bakar.
    pn ruzaini ada blog tak? kalau ada mohon dilink kn atau diemailkn kpd sy..terima kasih didahulukan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s