‘Ramadan karim’ dan kelas Mandarin

SALAM kemuliaan Ramadan (Ramadan karim). Tiga hari lepas, saat pertama Ramadan saya kucup sewaktu memandu pulang ke rumah selepas menjemput anak di asrama. Dinda Zikri menjalankan tugas pertamanya menjadi imam Tarawih di surau. Bonda turut hadir, tentunya memberi sokongan moral.

DSC_2434Seusai Tarawih dan Witr, saya bergegas ke Perling untuk menemui Chiu demi berkongsi ilmu, idea dan rasa mengenai Ramadan dll. Di restoran 24 jam, banyak yang dibualkan (inilah saja masa yang ada), dari kaifiyat puasa hinggalah ke Laksamana Muhammad Cheng Ho, dari soal zakat hinggalah ke kelas Mandarin. Banyak kalimat Mandarin semakin melekat dalam memori hasil ‘ngobrol’ dengan Chiu – baru tiga kali serta kelas Mandarin di UTM. Untuk Ramadan kali ini, saya terpaksa terawih sendirian beberapa kali demi mengikuti kelas Mandarin yang penting buat dakwah itu. Berbalik kepada Chiu, menurutnya, kalimat ‘Ramadan’ ada banyak alternatif tulisan Cina untuknya. Doakan kekuatan untuk Chiu dan empat lagi teman dalam kelas kendalian saya yang Ramadan kali ini merupakan yang pertama buat mereka.

Gambar: Maksud tulisan pensil adalah ‘saya ialah encik zul’.

Advertisements

2 thoughts on “‘Ramadan karim’ dan kelas Mandarin

  1. Wah, rajin memburu idea dan mencambahkan minda. Sama-sama kita berdoa semoga dikurniakan kefahaman seperti para nabi, ingatan seperti para rasul dan ilham seperti para malaikat yang dekat dengan-Nya, dalam keadaan afiat di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s