1 hari bersama 3+1 karya

DSC_2476BICARA Karya Johor 2009 berlangsung dengan jayanya di Pt Jawa, Muar pada 20 Ogos lalu (lihat entri sebelumnya di sini). Kira-kira 120 audiens hadir. Saya bergerak dari Skudai seawal 8 pagi lebih bersama isteri dan NIMOIZ. Tentunya saya dan NIMOIZ tidak lepaskan peluang menjual buku2 kami. Salam penghargaan buat bonda Zaharah Nawawi di atas bimbingan 5 bintang sehingga terhasilnya karya sulung saya dalam genre novel dewasa itu(Meniti Batas).

KOMA

Kembali dari Muar, kami bertiga singgah ke Majidi, Johor Bahru melihat ternakan ketam dalam kotak! Amacam, mahu cuba ternak ketam dalam rumah? Sebelah pagi, bicara 3 karya buku, sebelah petang, bicara reka cipta ternakan ketam yang sungguh kreatif.

DSC_2503

NIMOIZ sedang memantau ‘pos surat’ ketam nipah.

DSC_2521

Warga Hong Kong sanggup membeli ketam2 jenis ini dengan harga RM 140/kg!

Advertisements

11 thoughts on “1 hari bersama 3+1 karya

  1. Rendra kata saya sekarang dah jadi s/u akhbar Datuk Zul. Yang dia pun jadi s/u akhbar Datuk Shapiai dia tak sedar. Hahaha.

    • Belum Cik Santi tengah pulun ni. Saya buat yang baru, tukar konsep, tukar watak, banyak yang tukar kecuali lokasi saja sama. Kali ini, antagonis guna teknologi hidrogeologi – macam tak masuk akal, tapi tengoklah nanti.

      • Pulun, jangan tak pulun, masih ada kesempatan! Wow..bunyi hebat sangat tu! Takut saya. Saya dah hantar 2 hari lepas, hantar by hand. Tapi kalu orang2 hebat macam En Zul yang masuk, saya surrender…

  2. Bunyi saja hebat. Siapnya belum lagi. Doakan.

    Namun, harus diingatkan dalam konteks kreativiti seni, anak murid agak biasa mengatasi gurunya berbanding dalam kreativiti sains.

  3. Tn. Hj.,
    Serba adanya semampu yang dapat saya usahakan program ini bersama pihak ibu pejabat DBP dan pihak daerah Muar. Jika ada sebarang kekurangan (yang pasti kekurangan bahan cetakan kertas kerjanya, dicetak hanya 120 tapi semuanya habis…) mohon maaf atas hal-hal ini. Saya tetap sebagai penyalur dan jambatan kecil untuk hal-hal ini apatah lagi berkaitan dengan tugas hakiki yang sememangnya saya minat dan sayang ini.
    Terima kasih kerana dapat hadir dalam program ini, buat kali pertama (rasa-rasanya…) saya dapat himpunkan ketiga-tiga penulis serentak yang dibicarakan karyanya dalam program Bicara Karya Sastera sebegini.

  4. Tuan Hj. Zul,
    Salam perkenalan dari saya di Parit Jawa, Muar, Tahniah atas karya kamu yang biacara tempoh hari dan selamat berpuasa.

  5. salam…nak tanye,kalau anjurkan program sehari bersama penulis buku kan..siapa yang kene bagi ucapan perasmian?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s