Ust Ismail Kamus meninggal(kan Malaysia untuk kerjakan umrah)

DSC00160AWAL pagi tadi, saya terima berita kematian Ust Ismail Kamus. Kata saya, “Hmm, semalam Prof Ismail, hari ini Ust Ismail.” Selang beberapa minit orang yang mengkhabarkan berita tersebut menafikannya pula. Katanya, seorang jiran lansung menelefon Ust Zahazan dan beliau menafikan akan kedudukan perkara tersebut. Maka orang yang mengkhabarkan berita kematian tadi pun berkata, “Jangan mudah percaya dengan khabar SMS!” Elok juga kalau anda ke sini.

Ada pula beri komentar, berita palsu tidak mustahil dicipta supaya lebih ramai orang hantar SMS dan lebih banyak MASYUK!

Dalam bab kematian dalam Ramadan ini, ada pula yang bertanya, “Ada tak artis yang mati dalam Ramadan?”

Kalau diteliti, soalan ini berasaskan kepada persepsi bahawa kematian dalam Ramadan hanya untuk orang2 baik (artis jahat?). Saya fikir kalau begitu tentu kadar kematian dalam Ramadan begitu signifikan berkurang lantaran orang2 baik itu hakikatnya amat sedikit. Seperkara lagi, apakah yang bukan Islam dan munafik tidak menemui kematian dalam bulan ini?

Inilah masalahnya apabila terlalu menilai berdasarkan kepada yang zahir dan lahir:

  • Janggut – warak dan baik (sedangkan Abu Jahal dan penentang Islam ramai berjanggut panjang lagi lebat).
  • Miskin – kehidupan tidak berkat (sedangkan nabi Muhammad dan bbp sahabat hidup dalam kemiskinan).
  • Berpenyakit – dulu banyak buat maksiat (bukankah nabi Ayub dikenakan penyakit yang amat hebat?).
  • Ada kelebihan luar biasa – wali Allah (padahal ramai pakar silap mata punya kelebihan luar biasa).
Advertisements

5 thoughts on “Ust Ismail Kamus meninggal(kan Malaysia untuk kerjakan umrah)

  1. saya pun musykil dengan berita itu. saya dapat berita semasa chatting dengan seorang rakan, bukan melalui sms. sangat nakkal orang yg main2 citer kematian ini. haish.

    owh, penilaian luaran itu sangat sudah menebal dalam masyarakat skrang. kadangkala terpengaruh juga. haish.

  2. Ya seikh;
    Ada juga benda palsu yang baik. Gigi palsu.Kaki palsu.Mata palsu. Tapi komen ini bukan palsu tau!

  3. Kah, kah, kah. Cikgu Amer itu sebab bagus juga kalau kita dapat kesan yang palsu2 begini (tanpa nafikan kebaikan yang palsu). Tapi kalau tau, susah juga. Tak senang duduk sebab pada zaman sekarang ramai sungguh yang palsu dan cakap perkara2 yang palsu. Teringat sewaktu zaman nabi, hanya Huzaifah yang diberi kelebihan kenal manusia palsu – munafik.

    Sdra Jhza, terima kasih kerana datang bertandang. Saya ada rasa kempunan sikit sebab pernah duduk UK tapi tak sampai Eire, hu, hu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s