Usai tarawih, waktu terbaik untuk menulis dll

DSC_2576SEMALAM di BH, berita tentang bicara novel saya dll tempoh hari disiarkan. Kertas kerja yang dibentangkan dlm Perhimpunan Penulisan PENA di Melaka lalu dipilih utk disiarkan dalam Dewan Sastera keluaran September. Siapa sangka dalam banyak2 kertas kerja (tak silap 18 semuanya), kertas kerja SN Dr Anwar Ridhuan dan saya dipilih editor – terima kasih daun keladi. Ops, tadi saya terfikir. Antara waktu terbaik menulis adalah selepas tarawih. Kajian hubungan otak dan solat oleh Ng dalam buku SOLAT & SAINS (buku ini memang hebat dan mesti dibeli untuk buat DOBI), membuktikan bahawa gelombang alpha dikeluarkan oleh otak usai solat – tahap tenang serta bersedia utk fikir serius. Bagaimanapun, kalau tidoq sewaktu tarawih, gelombang lain pula yang keluar!

KOMA

Agar lewat tersedar. Artikel saya mengenai kota ilmu Mali, Timbuktu sebelum abad ke-16 (yang tersiar dalam MuslimHeritage.com) dipilih dalam senarai rujukan bagi tulisan ‘Sankore Madrasa’ dalam WIKIPEDIA. Moga ada manfaat buat umat sejagat.

Gambar hiasan: Ini sekadar hiasan, solat tarawih tidak dilakukan dalam waktu siang.

Advertisements

4 thoughts on “Usai tarawih, waktu terbaik untuk menulis dll

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s