Bila Tuhan mencabut gigi

DSC_2578SEWAKTU Malam Badar Hidayah semalam, banyak sungguh perkara yang dibualkan. Seorang teman kelihatan ada kelainan sikit di wajahnya lantaran ada rompong di barisan gigi bahagian atas. Dia dan kami pun bermuhasabah, Tuhan akhirnya mencabut giginya itu sewaktu berusia 49 tahun. Bagaimanapun beberapa hari lalu, Tuhan mencabut nyawa sahabatnya yang berusia lebih muda, 46 tahun. Bila gigi dicabut maknanya sebahagian dpd nikmat dunia ini ditarik/dicabut Tuhan. Nah, nikmat gigi sungguh terasa di kala ia dicabut atau tercabut.

KOMA

Seorang teman yang lain pula berkongsi tazkirah daripada suatu kuliah, “Saya berusaha membeli makanan daripada orang yang berhijab sewaktu berkunjung di bazar Ramadan. Bayangkan, kalau di depan orang ramai dia sanggup membuka tudung sambil menjual makanan, bagaimana keadaannya bila dia menyediakan makanan tersebut?” Hu, hu, hu. Suatu kenyataan yang….

Gambar hiasan: Menunggu beduk berbunyi.

Advertisements

6 thoughts on “Bila Tuhan mencabut gigi

  1. tahniah kepada SRIH, SMIH dan semua ikhwah akhawat terlibat. RM58 000 alhamduliLlah…

    p/s:sempat jugak mencari cari En Zul di Malam Badar sambil mengagih-agihkan daging kedalam pinggan kertas.

    • Tahniah dan tk juga buat Sdra. Kadang terfikir jika ramai yang jadi jutawan. Seorang jutawan barangkali mampu beri sumbangan hingga sebanyak itu – dia seorang saja. Namun ada hikmahnya bila tak ramai jadi jutawan, punya ruh memberi persis jutawan!

  2. Ayat terakhir yang putus itu memberi gambaran nakal dalam kepala saya. Ishk, sungguh tak sanggup dibayangkan. Satu kenyataan yang wajar difikirkan secara adil. Terima kasih, tuan penulis.

    • Pembekal, penjual dan pembeli juga penulis semuanya harus adil. Adil itu termasuklah adil dalam membuat lakaran gambaran tentang diri masing-masing di sisi manusia dan Tuhan. Salam kemuliaan Ramadan Khairul!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s