Aku makhluk paling seksa

DSC_2567ORANG Melayu itu terkenal kreatif dalam segala segi termasuklah dalam rekaan fesyen. Namun, biarlah kreativiti itu menepati syarak sebagaimana orang dahulu yang kreatif mengubah fesyen beraroma Hindu kepada fesyen beraroma Islam. Mengapa perlu kembali ke zaman lampau? Kain disentengkan, baju dikembankan?

Percayalah, seksi itu benar-benar menyeksakan. Seksi bagaikan minyak agar api berahi semakin marak.

Seksi itu tidak kekal abadi. Jenazah wanita berkemban (bertahun lamanya) yang menzahirkan bahu dan dada, tiada siapa pun peduli. Jenazah wanita berskirt singkat (bertahun lamanya) sekadar kelihatan tulang belulang. Betis dan peha segalanya sudah pupus dimamah bumi. Seperkara lagi, wanita yang suka menyeksi sewaktu mati pasti tidak mahu untuk tidak dikapankan atau dibiarkan seksi berkemban sewaktu acara pengkebumian.

Benarlah kata Ziryab dalam Manikam Kalbu (novel oleh FT), “Bahawa pakaian itu pelindung malu, petunjuk budi dan adab.”

Moga Ramadan menjadi bulan transformasi buat peminat seksi, perokok dan pelbagai sifat buruk dalam jiwa pra-muttaqin.

Advertisements

5 thoughts on “Aku makhluk paling seksa

  1. Tn. Hj.,
    Sememangnya benar kata-kata itu…, cuma bagi perokok bermula pukul 5.30 pagi hingga 7.08 malam (waktu imsak dan berbuka Johor Bahru) boleh tahan tidak merokok tapi sebelah malamnya kembali ‘giat’ merokok, juga selepas Ramadan kembali asal ‘giat’, kenapa? Itu yang saya tak faham sejak bertahun lamanya… hehehe…

  2. saya sebagai perempuan pun kadang2 terseksa tgk kaum sendiri. Penin.

    In case cikgu belum tengok these very interesting islamic ad series, kat youtube.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s