Buku terhebat yang pernah saya baca

HAKIKATNYA, untuk akur bahawa al-Quran itu buku terhebat bukan boleh dibuat2 atau memandai2 mengaku. Ia dibarengi oleh iman. Al-Quran itu tetap boleh dikategorikan sebagai buku; buku suci, kitab suci. Kehebatan al-Quran bukan sekadar sewaktu bulan Ramadan bahkan di sepanjang bulan dan zaman. Buku ini mengandungi petunjuk yang tak lapuk.

  • Di dalamnya ada surah Yasin, jadi mengapa tak guna al-Quran untuk baca Yasin disebabkan surah Yasin yang dicetak dalam buku kecil itu tiada di surau. Mengapa sanggup kata di Masjidil-Haram tiada surah Yasin macam di Malaysia?
  • Di dalamnya jelas ada hukuman sebat ke atas pesalah arak. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan menilai semula al-Quran? Adakah termasuk menilai semula ketetapan Allah?
  • Mengupah orang membaca al-Quran di kubur kita kelak bukan jaminan terlepas daripada azab kubur.

Buku tersebut bukan sekadar menjadi rujukan yang lestari melangkaui sempadan zaman, bahkan dihafaz pula oleh ramai orang. Mana ada orang sanggup hafaz karya Shakespeare, tulisan Pramoedya juga coretan buku saya sendiri? Mana orang sanggup bertahun2 membaca surat cinta kekasihnya?

Al-Quran di Madagascar tetap serupa dengan al-Quran di Makasar. Al-Quran di Kota Bharu tetap serupa dengan al-Quran di Newcastle. Al-Quran di PJ (Parit Jawa) tetap serupa dengan al-Quran di KL (Kuala Lipis). Kalau anda menjadi imam di Istanbul dan tersilap baca ayat al-Quran, tentu anda akan dibetulkan. Versinya tunggal lagi sejagat dan sebarang perubahan ke atasnya takkan diiktiraf oleh umat seantero dunia.

Ah, kita semua wajar berefleksi kalau mahu kata inilah kitab terhebat dan teragung atau sekurang-kurangnya mengatakan bahawa inilah kitab suci.

Advertisements

11 thoughts on “Buku terhebat yang pernah saya baca

  1. Salam Eid Fitri tuan,
    Ya benar, Al-Quran adalah kalamullah yang tetap terpelihara dulu, kini dan selamanya. Maha Suci Allah yang telah menganugerahkan kitab suci ini untuk umat Muhammad. Terima kasih atas entry ini..

    • Terima kasih tuan,

      Kami mengalu-alukan penulis hebat seperti tuan untuk menyumbang karya di MajalahSains..rencana yang pernah terbit di mana-mana pun kami terima dengan tangan terbuka, asalkan berkenaan dengan sains dan teknologi…

      Saya juga turut menyumbang untuk Estidotmy, Dewan Kosmik, Budaya dan beberapa penerbitan lain sejak 2007..

      Terima kasih sekali lagi atas kunjungan tuan ke MajalahSains.Com
      Salam Aidilfitri, Mohon maaf lahir & batin

      ~faizal~

  2. Ya sheikh;
    Ada satu kat dalam C komputer tp sekarang tengah sibuk menyudahkan kertas projek sarjana. InsyaAllah jika diberi kudrat, saya akan hantar paling lewat awal November. Sebenarnya ada 2 telah dihantar untuk sains fiksyen UTM dan 1 untuk Hadiah Sako. Syeikh doakan salah satu sangkut.

  3. Alkisah….
    Suatu hari kita menghadiri majlis bacaan Yassin (kenduri) di rumah kenalan.
    Sebelum bacaan dimulakan, maka dibahagi-bahagikan lah kitab Yaasin kecil kepada orang ramai. Malangnya, kitab kecil tu tak cukup. Maka ada hamba Allah tu minta kitab Al-Quran dari tuan rumah.Dapatlah dia 3 buah kitab Al Quran.
    Setelah selesai kenduri dan makan-makan,Ada seorang makcik tua bertanyakan (membuat kenyataan) pada Ustaz yang mengetuai majlis tersebut; Sesuatu yang amat menyentuh kalbu kita. Pertanyaannya (kenyataannya)dengan selamba;
    ” Ustaz…..Tak sangka ye dalam Al Quran ada juga surah Yaasin “.
    Ustaz tersebut tak terkata apa-apa…..

    Siapa yang bersalah ?

    • Halimon, kisah yang menarik. Izinkan saya untuk kutip dalam penulisan akan datang. Benar, banyak kekeliruan yang dialami oleh sebahagian masyarakat. Sama ada yang berilmu tak mengajar atau kurang bersungguh mencari ilmu. Salam persahabatan yang lestari.

  4. saye rasa awak mungkin sangat bangga atas kejayaan awak lakukan
    saye harap saye pun boleh jadi seperti awak juga

    sekian terima kasih

    yang ikhlas
    (zana miza)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s