Usah tuduh karya fiksyen daripada sang jiwang untuk si jiwang

SEBAHAGIAN penulis fiksyen barangkali pernah dituduh ‘jiwang karat’ atau sekurang-kurangnya ‘jiwang’. Kata-kata tersebut ada nada gurau, namun ada juga nada sinis. Memang ada yang langsung pesimis kepada karya fiksyen, sebaliknya menganggap karya ilmiah itulah yang paling kudus dan paling relevan dalam pembangunan bangsa negara. Bagaimanapun, dia benar-benar terlupa bahawa karya fiksyen telah berjasa buat dirinya dalam meningkatkan kemahiran eja baca, tulis baca, hujah wacana.

Anas n IzzatiKarya fiksyen berupaya mencairkan fakta, memasyarakatkan ilmu dan menghadamkan kefahaman dalam kalangan rakyat. Othman Puteh sebagai contoh mengorak langkah mengisi vakum karya fiksyen tanahair khusus buat khalayak kanak-kanak dan remaja. Mulai 1967, beliau menyumbang cerpen kepada majalah Dewan Pelajar hinggalah sumbangannya dihargai menerusi Hadiah Penghargaan Dewan Pelajar tahun 1979. Menurut Ali Majod, “Othman berhasrat menulis dalam bidang sastera untuk melengkapkan bahan bacaan untuk kanak-kanak. Ini kerana bahan bacaan seperti ini memberi penekanan kepada nilai moral dan sekali gus mendidik. Berbanding dengan buku teks yang lebih kepada fakta ilmu semata-mata.”

Almarhum Othman Puteh berjaya hasilkan lebih 200 buah novel/cerita kanak-kanak dan remaja. (termasuk karya selenggaraan beliau). Anuar Othman menyifatkannya sebagai Isaac Asimov Melayu manakala lebih kurang 200 latihan ilmiah dihasilkan merujuk kepada karya fiksyen Othman Puteh.

Gambar hiasan: Berapa banyak awak dapat? (Lagi gambar-gambar Eidulfitri di album http://www.flickr.com/search/?q=eidulfitri&w=14708011%40N05)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s