‘I’m glad’ sambut ‘raya’ di majlis pelancaran IMGLAD

IMGLAD Launching 033GAMBAR menunjukkan betapa meriahnya jamuan Aidilfitri khusus buat pelajar pascasiswazah. Menunya hebat2 belaka, global. Sesuai untuk Melayu, Arab, Iran, Somalia, China dan Madagascar. Namun, saya sekadar memandang dari jauh. Tiada pilihan. Terpaksa menyertai kelab ‘last minute dot com’, puasa ke-6 pada hari terakhir Syawal. Seorang teman cuba berjenaka, “malam tadi saya nampak anak bulan!”  Ternyata cabaran untuk puasa 6 cukup getir. Saat berbuka buat kali terakhir, nikmat menerpa bersama kunyahan kurma. Kali ini, ada satu lagi sejarah peribadi ditempa. Puasa buat pertama kali di hotel. Namun ia suatu yang lazim bagi sesetengah orang termasuk Prof Kamil, yang terkenal dengan Travelogue Dakwah dan Travelogue Haji.

Pada keesokan hari di Persada Johor, siapa sangka kami diberi hidangan ketupat dan lemang, bagaikan khusus untuk saya (dan dua teman lain) menyambut ‘raya’.

IMGLAD Launching 084

KOMA

Kamar 303 Persada Johor menjadi relung buat pelancaran IMGLAD. Saya sendiri tidak menyangka, sehingga perlu naik ke pentas berjabat tangan dengan MB Johor. Amanah ini hakikatnya cukup berat demi menjana modal insan, demi menabal insaniah. Moga Tuhan beri kekuatan dan kerahmatan dalam menggalas amanah ini.

IMGLAD Launching 074

Seusai gimik perasmian.

IMGLAD Launching 065

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s