Ciri manusia hebat – anggap setiap sesuatu itu UNIK

DSC_2494SEMALAM saya belajar bahawa setiap manusia, setiap flora, setiap fauna, setiap kejadian dan setiap detik itu UNIK dan mesti dirai, dihargai, disyukuri dan diredai. Inilah yang dilakukan oleh manusia hebat. Sering positif. Sering melihat kebaikan dan kelebihan mengatasi keburukan dan kekurangan.

Sehubungan itu, berikut saya kutip tulisan Pn Ainon (PTS) di medan FB:

“Jacques Wiesel pernah menjalankan penyelidikan ke atas psikologi 100 orang peniaga yang bertaraf jutawan di Amerika.  Beliau mahu mengetahui apakah ada ciri-ciri psikologis individu peniaga yang berjaya menjadi jutawan dibandingkan dengan mereka yang tidak berjaya menjadi jutawan. Hasil kajian itu beliau mendapati peniaga-peniaga yang berjaya menjadi jutawan semuanya mempunyai ciri “sentiasa suka bersangka baik, dan mereka sentiasa melihat kepada kebaikan yang ada pada orang-orang lain”.”

Bagi yang percayakan Tuhan, bukan mudah untuk baik sangka dengan manusia kalau sukar baik sangka dengan Tuhan.

4 thoughts on “Ciri manusia hebat – anggap setiap sesuatu itu UNIK

    • Yup. Basikal lama yang unik. Tersirat 1001 keringat dan nafas pengorbanan. Sewaktu sekolah rendah, kawan baik saya berbangsa Tionghua bercerita bahawa beca yang dimiliki oleh datuknya terus digantung di dinding sebagai ingatan kepada anak cucu. Saya kini turut lakukan suatu hampir serupa, menyimpan mesin taip lama datuk saya (jenama Remington) sebagai salah satu sumber inspirasi.

  1. Tengok basikal ni teringat kat sorang kwn sekerja saya berbangsa tionghua juga. Dia datang ke sekolah naik basikal tua yang lebih unik dari gambar ni. Bila ditanya kenapa dia naik basikal tua tu buat jatuh status kerja dia ajer.. Dia jawab ini basikal mendiang bapa dia. Basikal ini la dulu yang menyara mereka sekeluarga. He he…. rupa2nya bila berbual dengan rakan2 lain. Mereka kata ada sebab lain… sebenarnya dia bergaduh dengan isteri dia, kereta yang dia pakai dulu tu pakai loan isteri dia. Sekarang dah kena sekat. he he … macam2 cerita unik nii…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s