Tuah ayam… tuah karya siapa yang tahu

short-story-invitation-card-v1TUAH ayam nampak di kaki (saya tak berapa percaya sebenarnya), tuah harimau pada belangnya (juga tak berapa percaya), tuah karya siapa yang tahu.

Semalam, ada dua makluman berkenaan dua karya berbeza. Pertama, cerpen (dalam bahasa Inggeris) tidak termasuk dalam senarai 5 karya terbaik (saya fikir, mungkin dalam 6 karya terbaik). Pun begitu, saya diundang untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah pada hujung minggu ini. Terima kasih. Barangkali cerita saya kurang bersifat Malaysia lantaran, pengakhiran cerita berlatarkan kota London (di tanah perkuburan High Gate!) biarpun wataknya berwarganegara Malaysia.

bilik irfan 185Kedua, karya novel sulung, Meniti Batas diterima oleh pihak PNM untuk edaran ke seluruh negara. Alhamdulillah. Novel tersebut berbicara tentang aspek industri asas tani membabitkan pasaran kerepek ubi kayu hingga ke peringkat global. Ia hakikatnya mendokong misi mengurangkan kebergantungan kepada import makanan. Peningkatan pengeluaran makanan 2.7% buat masa ini masih ada potensi untuk ditingkatkan. Novel ini juga pernah dibicarakan di Muar pada 20 Ogos 2009 dalam Bicara Karya Johor 2009 dan pernah diulas dalam Dewan Siswa Mei 2009,  Dewan Sastera November 2008 dan Dewan Siswa April 2009.

Advertisements

14 thoughts on “Tuah ayam… tuah karya siapa yang tahu

    • Wa’alaikumussalam. Ia merupakan cerpen lama yang diubahsuai, cerpen sewaktu zaman banyak masa di UK. Pengakhiran cerita merupakan suatu sindiran, kerana perjalanan berakhir di Highgate, London yakni di tanah perkuburan Highgate.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s