Latihan haji, latihan sehidup semati

AGAK ironi. Sebahagian peserta latihan haji sekadar duduk di atas lantai tanpa pendingin hawa, sementara kesemua peserta latihan kemahiran insaniah (generic skills) graduan begitu selesa di kerusi empuk dalam hawa dingin lagi nyaman. Itu belum dibandingkan dengan latihan yang dibuat di hotel enam bintang. Haji sebagai rukun nampaknya bagaikan tidak dilayan sebagai rukun!

Ini sebahagian daripada poin minor dalam pembentangan kertas kerja mengenai sorotan latihan haji (kursus haji) anjuran LTH di JB dalam EDUPRES 2009. EDUPRES merupakan seminar tahunan buat sekalian penyelidik pasca graduan yang berasal dari dalam dan luar negara.

Antara aspek haji yang sudah dikaji termasuklah kajian mobiliti, kesesakan sewaktu mengerjakan tawaf dan saei. Sepanjang pengetahuan saya, kajian latihan haji belum dibuat. Dalam aspek latihan haji saja ada beberapa perkara yang wajar dan perlu dinilai semula dalam konteks disiplin pendidikan dan latihan:

  • Kandungan dan susunan modul.
  • Bilangan peserta dan tempoh masa.
  • Screening dan streaming.
  • Keberkesanan atau penilaian latihan semasa dan selepas mengerjakan haji.
  • Penggunaan teknologi termasuk VR.

Tahniah kepada pihak penganjur khususnya Dr Yusof Boon. Prosiding berjaya diterbitkan tepat pada masanya di samping amat kemas dan profesional. Terima kasih kepada pihak moderator dan rakan sarjana di atas inspirasi dan pandangan.

Gambar hiasan: Senario sebelum pendaftaran masuk di Kompleks LTH Kelana Jaya 2009.

Advertisements

2 thoughts on “Latihan haji, latihan sehidup semati

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s