Baru terbit, Offline dengan Syaitan

ALHAMDULILLAH, Offline dengan Syaitan berjaya diterbitkan. Penulis banyak kali berperang dalam minda dan jiwa untuk membina kekuatan dalam menyiapkan tulisan kerdil ini. Ia bukan karya komprehensif mengenai memutuskan diri dengan gangguan syaitan, namun jika semua saranan dalamnya diamalkan, insya-Allah sifatnya menjadi komprehensif dan hampir sempurna beserta rahmat dan hidayah Allah.

Buku ini sebahagian besarnya dirujuk kepada karya Talbisul-Iblis oleh Abdur Rahman ibn Ali ibn Jaafar al-Jauzi (lebih dikenali sebagai Ibn al-Jauzi) dan ada kesinambungan dengan Online dengan Tuhan. Seperti yang saya sebutkan, cabaran terbesar dalam menangani gangguan syaitan adalah sewaktu sakaratul maut. Moga buku ini menjadi saham buat saya dan pembaca untuk selamat daripada gangguan tersebut dan seterusnya mati dalam iman dan Islam.

“Manusia yang berjaya adalah mereka yang mengisytiharkan perang ke atas syaitan. Senjata penting yang digunakan adalah senjata kerohanian. Saya yakin, buku Offline dengan Syaitan membicarakan tentang perkara-perkara ini. Buku ini menjelaskan kepada kita tentang siapakah musuh kita yang sebenar serta bagaimana mengalahkannya. Tahniah! Ia begitu relevan dengan kehidupan manusia terutamanya pada hari ini yang dipenuhi pelbagai cabaran.” (Dr Danial Zainal Abidin; Doktor perubatan, penulis & penceramah profesional)

Advertisements

27 thoughts on “Baru terbit, Offline dengan Syaitan

  1. Akhi,

    Setahu ana Talbis Iblis Iblis ditulis oleh Abul Faraj Ibn Al-Jawzi, Ibnu Qayyim Al-Jawziyyah tidak menulis apa-apa kitab dengan nama sedemikian. Kedua-duanya ulama-ulama besar aliran salaf.

    Ala kullihal, tahniah kerana berjaya terbitkan ‘Offline dengan Syaitan’.

  2. Assalamualaikum uncle Zul.
    Saya Auni Aqilah, anak kepada Ahmad Tarmizi from UTHM.
    I really enjoyed reading your books (Online dengan Tuhan and Offline dengan Syaitan). My dad bought the Offline dengan Syaitan book first but then I was so interested into reading the next book which is Online dengan Tuhan.
    Penulisan uncle sangat menarik minat remaja especially dalam lingkungan umur saya yang sangat gemar ber-Online!
    Well done uncle! Tahniah! 🙂

    Wassalam. 🙂

  3. Terima kasih Auni di atas komentar dan testimonial anda. Moga Auni berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran, di dunia dan akhirat. Salam buat ayah, Prof Ahmad Tarmizi.

  4. Right here is the perfect website for anyone who
    really wants to find out about this topic. You know a whole
    lot its almost hard to argue with you (not that I really would want to…HaHa).

    You definitely put a fresh spin on a subject
    which has been written about for decades. Wonderful stuff,
    just wonderful!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s