Mengapa semua hantu, perempuan?

PERSOALAN tersebut tiba2 diajukan oleh anak keempat kami pada malam tadi. Sukar untuk dijawab secara sepontan. Namun, sempat dijelaskan bahawa drama/filem seram seolah2 mahu beri pengajaran bahawa hantu dalam banyak hal lebih kuat/berkuasa berbanding Tuhan, tak kira sama ada hantu perempuan atau hantu lelaki. Selain itu, hantu perempuan sesuai dengan rambut panjang. Ini tak sesuai pula untuk hantu lelaki. Kalau anda jawapan yang lebih baik, sila kongsikan di sini. (Ada satu lagi persoalan: Mengapa TV di Malaysia pada setiap malam Jumaat gemar siarkan cerita hantu?)

Hal tersebut ada saya sentuh sedikit dalam buku terbaru, Offline dengan Syaitan di bawah bab ‘lambakan filem seram dan mesra magis’. Berikut adalah petikannya dan ada kaitan sedikit dengan watak Avatar yang heboh dan kepoh diperkatakan sekarang:

“Selain itu, usah pandang rendah kepada dunia kartun dan dunia animasi, juga dunia komik. Unsur sihir baik turut dimuatkan secara langsung dan tidak langsung dalam plot. Mesej sedemikian amat mudah disampaikan kepada golongan kanak-kanak lantaran mereka rata-rata meminati dunia kartun.

Memohon pertolongan dan mengharapkan kuasa sakti daripada sesuatu selain daripada Allah. “Kuasa angin!” Demikian antara seruan dalam siri  kartun Avatar. Malah ada pula bacaan-bacaan mentera dalam bahasa yang difahami mahu pun yang tidak difahami. Ini secara tidak langsung memberikan mesej bahawa ada kuasa selain Allah yang layak diseru dan dipohon bantuan.

Jerat syaitan dalam kartun animasi boleh berlaku dalam beberapa bentuk seperti berikut:

1.            Menonton kartun begitu mengasyikkan sehingga leka untuk tunaikan tanggungjawab seperti mendirikan solat, melakukan apa yang ibu bapa suruh dan lain-lain.

2.            Kartun yang memakai coli seperti beberapa watak kartun Walt Disney memasukkan jarum kecil ke dalam minda Muslim bahawa memakai coli untuk tujuan berenang adalah sesuatu yang dibenarkan dan diizinkan, asalkan baik hati, suka menolong orang lain, jujur dan menghargai pengorbanan orang lain.

3.            Ada juga kartun animasi yang mempopularkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan menerusi adegan sambutan sesuatu majlis yang bercampur-gaul antara lelaki dan perempuan, berdua-duaan antara lelaki dan perempuan hinggalah kepada berpegangan tangan.

Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Jangan disangka filem-filem seram tiada impaknya terhadap akidah kalau tidak dihasilkan dengan teliti. Juga jangan disangka kartun animasi yang mesra magis dan tampak tak masuk akal itu tiada jarum beracun yang begitu ghairah mahu menusuk akal dan mencederakan akidah!”

Gambar hiasan: Bangunan tinggal yang menyeramkan di Kebun Bunga JB.

Advertisements

3 thoughts on “Mengapa semua hantu, perempuan?

  1. Askum.. Teringat kata-kata seorang ustaz..

    “Orang melayu kita ni pelik sungguh. Wanita yang mati akibat bersalin boleh dikategorikan sebagai syahid. Mati yang mulia. Tapi orang kita, lepas mati terus jadi hantu, sundel bolong dan pontianak”

    Banyak siri drama sekarang dah tak peduli kesan dan akibat. Contoh satu drama kanak-kanak dalam Astro, “Hikayat Putera Syazlan”,boleh pula minta bantuan dengan buku.

  2. Hazwan. Kini semacam ada suatu kempen besar-besaran agar manusia dapat mencipta keajaiban dan memiliki keajaiban dan kuasa luar biasa. Sebabnya, mahu nafsunya dipuaskan, dunia dimiliki dan semua ‘ana yang punya’.

    Kholid. Anda memang penulis tulen, mampu melihat dari perspektif yang amat luar biasa. Ha, ha.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s