Penerbitan bermakna dalam Disember 2009 dan Januari 2010

ARTIKEL yang sudah lebih setahun ditulis akhirnya tersiar dalam majalah Cahaya (milik JAKIM) tentunya termasuk dalam kategori ‘penerbitan bermakna’ buat diri saya. Artikel tersebut berjudul ‘Agama dan Penyembuhan Penyakit’ disiarkan dalam Cahaya Nov-Dis 2009. Berikut merupakan petikan daripada artikel tersebut:

Artikel ini cuba membuat sorotan ringkas bagaimana agama mampu dimanfaatkan dalam terapi perubatan bagi penyakit kejiwaan dan mental di samping pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser.

Hipotesisnya mudah, orang yang ‘kuat beragama’ akan lebih mudah sembuh daripada penyakit. ‘Kuat beragama’ amat subektif sifatnya. Kajian-kajian saintifik yang dijalankan di Barat rata-rata mengukur ‘kuat beragama’ berdasarkan kekerapan menghadiri aktiviti keagamaan dan rumah ibadah.

Newsweek dalam satu keluarannya pada tahun 2003 pernah menyiarkan sebuah artikel mengenai agama dan perubatan sekaligus mengangkat pengaruh agama dalam penyembuhan penyakit.

Artikel yang ditulis oleh Claudia Kalb, editor kesihatan Newsweek itu antara lain melaporkan bahawa ‘keimanan kepada Tuhan’ dapat meningkatkan harapan pesakit di samping dapat memudahkan proses pemulihan.

Konsep ‘keimanan kepada Tuhan’ turut didokong oleh ahli-ahli psikologi seperti William James, Henry Link dan Ken Wilbur. James yang pernah berkhidmat di Harvard itu berkata, “iman ialah ubat paling mujarab dalam menyembuhkan depresi.”

Dalam suatu siri syarahan di Edinburgh sekurun lalu, James menyebutkan bahawa buah-buah pengalaman beragama adalah kisah terbaik yang patut dipaparkan dalam sejarah. Gagasan ‘keagamaan’ James ternyata menyentak dunia akademik sekular pada zamannya.

Henry Link dengan buku Return to religion (mula terbit pada 1977) menyebutkan, “orang-orang yang beragama dan orang-orang yang rajin mengunjungi rumah-rumah ibadah, memiliki keperibadian yang lebih kuat. Mereka lebih baik daripada orang-orang yang tidak beragama atau orang-orang yang tidak rajin mendatangi rumah peribadatan.”

Di University of Pennsylvania, terdapat hampir 800 kajian yang membuktikan hubungan positif di antara agama dengan sosial, termasuk keupayaan agama dalam menangani masalah depresi. Keputusan yang serupa ditemui dalam suatu kajian di University of Michigan bahawa depresi dan stres di kalangan orang-orang yang taat beragama amatlah rendah.

Penerbitan bermakna yang lain dalam lingkungan Disember 2009 dan Januari 2010 adalah:

  • ‘Minggu Penulis Remaja dan Kepelbagaian Platform untuk Penulis Muda’ oleh Fahd Razy dalam Dewan Sastera Disember 2009. Fahd Razy antara lain menyenaraikan saya sebagai penulis muda (walaupun sudah veteran, ha, ha) yang tidak kurang berjaya yang bukan merupakan produk MPR (Minggu Penulis Remaja DBP).
  • ‘Mendekatkan Sastera dengan Pelajar Sekolah’ oleh Nimoiz T.Y. dalam Tunas Cipta Disember 2009. Artikel ini merupakan liputan Program Bicara Sastera Negeri Johor 2009 di Muar. Ada gambar besar saya di sini, sedang tanda tangan autograf.
  • ‘Prima Facie’ oleh Nimoiz T.Y. dalam Tunas Cipta Disember 2009. Cerpen ini pernah dibedah (sebagai tugasan) dalam kelas Penulisan Kreatif saya di UTM. Tahniah Nik!
  • You Can Reach the Top oleh Zig Ziglar. Buku motivasi ini mesti dihabiskan dalam bulan Januari ini.
  • Handbook of Cross-Cultural Psychology (Editor: Berry, Poortinga & Pandey) dan Psikologi Rasulullah alam Berinteraksi dengan Masyarakat oleh Basri Ibrahim. Kedua2 buah buku ini menjadi rujukan dan inspirasi dalam mengendalikan kelas ‘Cross-Cultural Psychology’ di UTM pada semester ini bersama2 Dr Rosman.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s