Refleksi berita Sultan Iskandar dan Online dengan Tuhan

SALAM takziah dan dukacita. Sultan Iskandar kembali kepada Allah pada Jumaat lalu. Sempat saya saksikan upacara pengkebumian di Makam Mahmoodiah seusai Zuhur, menerusi kaca TV.

Pun begitu, berita kegeringan dan kemangkatan al-marhum wajar direfleksi. Ada banyak sungguh versi berita. Berita dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri, ok boleh dipercayai. Begitu juga dengan respons, “tak ada komen”, boleh diterima. Pada lebih kurang jam 3.30 petang, saya mendapat berita, “sultan sudang mangkat, tolong JANGAN sebarkan.” Ha, ha. Pada jam 5 petang, berita kegeringan disampaikan secara rasmi oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad. Bayangkan, berita kematian anda disebarkan sedangkan sebenarnya anda belum mati!

KOMA

Tanpa disedari, pada hari Jumaat itu juga ulasan tentang Online dengan Tuhan diterbitkan dalam Utusan Malaysia sebagaimana yang boleh dibaca di sini. Terima kasih. Harapan saya, agar semua yang bergelar sultan dapat online dengan Tuhan, kelak rakyat pun begitu jua.

Gambar hiasan: Sebelum ini, putih kata raja, putih kata rakyat. Kini, Online kata raja, online kata rakyat.

Advertisements

8 thoughts on “Refleksi berita Sultan Iskandar dan Online dengan Tuhan

  1. Tn. Hj. Zul,
    1. Saya mendapat khabar tentang ini sedari jam 11.30 pagi 22 Januari 2010 ketika urusan program DBPWS di Melaka, namun saya kuatkan diri nyatakan tunggu berita rasmi dalam televisyen dan radio. Terima lagi berita dalam sekitar pukul 3 – 5 petang… Namun sebelah malamnya barulah diumumkan dengan berita sebenarnya.
    2. Dalam perjalanan pulang dari Melaka ke Johor Bahru pada 23 Januari 2010 (Sabtu) saya sempat merakam beberapa foto dari Muar hingga ke Johor Bahru tentang kibaran bendera separuh tiang (seperti dalam entri terbaharu blog rarws.blogspot), ada kekeliruan tentang bendera Johor dan Malaysia, namun orang tetap ramai menikmati asam pedas Parit Jawa…

    • 1. Ternyata Sdra Rusdi juga berhati2 sewaktu menerima sesebuah berita, tahniah.
      2. Harap2 yang tersilap bendera itu tidak disaman. Khabarnya sewaktu Sabtu lalu, ada yang disaman RM 500 lantaran tidak pakai songkok hitam berlilit kain putih!
      3. Ya, saya masih ingat asam pedas Pt Jawa. Juga takkan lupa mi bandung dan rojak petis Muar.

  2. Walau macamana sekalipun, yang mati tetap mati. Bagi yang masih hidup ni marilah kita bersiap sedia untuk mati. Mengapa masih boleh sebut asam pedas lagi sedangkan berita kematian itu baru kita dengar.

    • Kataganti. Bagi saya blog adalah ruang yang amat terbatas; ruang dan masa untuk kemas kini. Ada banyak perkara hendak di tulis tapi apakan daya. Justeru, sistem pernomboran dan pendekatan ‘koma’ menjadi sempadan bab dan mauduk perbincangan (itu stail saya). Saya bersetuju dengan anda, kalau hadir ke majlis pengkebumian agar tidak sibuk bersembang tentang asam pedas, kereta, gaji, ibu mertua dsb (sambil pula menghisap rokok).

  3. Kematian hanyalah sempadan pemisah antara hidup kita yang sementara di dunia dengan hidup kita yang kekal selamanya di akhirat.

    اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s