Ingat PBAKL, ingat Sabtu 270310 jam 5-6 petang

PBAKL akan menjelma lagi, di tempat yang sama. Sungai di sisi PWTC akan kembali menyertai sekumpulan manusia bagi mengaruh sungai ilmu di lembah bumi bertuah. Sekali gus mengaruh peradaban. Mengaruh adab.

Kali ini saya tidak ke PBAKL bersama bas dan anak didik disebabkan beberapa perkara. Alhamdulillah, ada slot khas promosi buku2 saya di gerai PTS (termasuk buku2 ONLINE DENGAN TUHAN dan OFFLINE DENGAN SYAITAN dll) insya-Allah. Kalian diundang untuk menyertainya pada Sabtu, 27 Mac 2010, jam 5-6 petang.  Salam hormat.

Pada waktudan tarikh yang sama (di Blik Seminar Johor/Kedah) ada pelancaran buku Prof Zulkifli Muhammad; nama saya diberi oleh bapa bersempena nama beliau juga nabi Zulkifl:

5.00 PM – 6.00 PM
Pelancaran Buku Wasiat Perjuang Zulkifli Muhammad
Company: Kemilau Publika Sdn Bhd

Pada sebelah pagi, ada majlis yang menarik untuk dikunjungi:

11.00 AM – 12.00 PM
Seminar Law of Attraction: How To Get More Of What You Want & Less Of What You Don’t
Company: PTS Publications & Dist. Sdn Bhd
PIC: Fadila [ norfadilah@pts.com.my ]

PBAKL kali ini berlangsung pada 19-28 Mac 2010. Anda mungkin boleh klik http://www.facebook.com/pages/Pesta-Buku-Antarabangsa-Kuala-Lumpur-PBAKL-2010-KLIBF-KL-Book-Fair/199946086548 dan http://www.kualalumpurbookfair.com/welcome.html. Laman web rasmi adalah dalam BI, buka BM. Jadi anda sukar guna kata kunci PBAKL 2010, melainkan KLIBF 2010, ha, ha!

Advertisements

9 thoughts on “Ingat PBAKL, ingat Sabtu 270310 jam 5-6 petang

  1. Sahabatku Zul,
    “Laman web rasmi adalah dalam BI, buka BM. Jadi anda sukar guna kata kunci PBAKL 2010, melainkan KLIBF 2010, ha, ha!”

    Suka dengan gelak Tuan Zul, macam terngiang-ngiang sahaja. Di Malaysia ini, apa sahaja yang antarabangsanya mahu di ‘BI’kan. Kononnya tak kelas kalau BM. He, he, he, … Harap jumpa Tuan Zul di gerai PTS nanti.

  2. Abang Zul, maaf tidak dapat ke slot abang pada hari sabtu kerana ada meeting untuk program ke Thailand pada waktu yang sama, malahan akan menemani ayah untuk ke PBAKL jumaat ni (dua kali ke PBAKL 2010). Tahniah! dan Selamat Maju Jaya..

    Perkongsian ke PBAKL sabtu lepas sudah ada di blog Saadah. Klik pada link website.. TK

      • Ada program di Thailand, hanya naik bas ke Selatan Thai, insyaAllah pada awal bulan 4. Tidak mahu melepaskan peluang ke sana sementara masih ada kawan sebilik yang berasal dari negara tersebut..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s